“Saya kasihan.. insid3n berlaku selepas dia bergelar juara” Lee Chong Wei lawat pemain badminton no.1 dunia Kento Momota

BEKAS jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei berharap pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota, yang terbabit dalam pelangg4ran agar cepat pulih dan kembali beraksi di gelanggang.

Menzahirkan rasa sedih atas insiden yang menimpa Momota, Chong Wei berharap pemain perseorangan utama Jepun itu diberikan ruang untuk menerima rawatan dan berehat secukupnya.

“Saya ada bercakap dengan beliau dan melihat keadaan dia, saya pun kasihan, apa lagi kem4langan berlaku selepas dia menang kejuaraan dan dalam perjalanan untuk pulang ke Jepun.

“Saya tahu semua peminat badminton bimbang dengan keadaan ini. Mari sama-sama doakan untuk Momota kembali sihat dan beraksi semula di gelanggang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat pemain itu di Hospital Putrajaya di Putrajaya, Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 pagi, Momota dan tiga lagi c3dera selepas van yang dinaiki mereka terbabit dalam pelangg4ran selepas melanggar belakang lori yang dikatakan sedang bergerak perlahan di Km13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX).

Pemandu van B.Nageswarau yang tersepit di tempat duduknya, m4ti di tempat kejadian.

Chong Wei berkata, beliau difahamkan oleh ketua jurulatih Jepun, Park Joo Bong, bahawa Momota perlu berehat sekurang-kurangnya dua minggu.

Pada Ahad, Momota muncul juara perseorangan lelaki Malaysia Masters 2020, gelaran pertamanya pada kejohanan berprestij itu selepas menewaskan bekas juara dunia Viktor Axelsen dari Denmark pada perlawanan akhir yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong turut berada di hospital bagi memberi sokongan moral kepada Momota. – Bernama

 

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya kasihan.. insid3n berlaku selepas dia bergelar juara” Lee Chong Wei lawat pemain badminton no.1 dunia Kento Momota"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*