“Langit tidak selalunya cerah, apa yang m3nimpa Puteri Balqis boleh jadi p3ngajaran pada semua” Datuk A.Aida

PENERBIT terkenal, Datuk A Aida mengakui sentiasa membantu pelakon cilik, Puteri Balqis dengan menawarkannya berlakon. Terbaru, Puteri Balqis bakal membintangi telefilem terbitan A Aida Production iaitu Tiada Galang Ganti bagi tayangan slot Cerekarama di TV3.

“Selepas dapat tahu dia s4kit sejak dua tahun lalu, saya selalu menawarkannya berlakon. Saya mahu bantu dia dan ibunya menjana pendapatan.

“Apatah lagi saya tahu dia menanggung keluarga, jadi tidak salah jika berikan dia kerja. Lagipun dia pelakon yang berbakat.

“Akan datang dia muncul dalam telefilem terbaru syarikat saya arahan Along Kamaludin. Telefilem ini sedang dalam proses penggambaran,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, penerbit, Fadzil Teh turut bersimpati dengan nasib menimpa Puteri Balqis.

“Syarikat saya yang mula-mula bawa dia jadi pelakon. Dia memang pelakon yang berbakat. Cuma, apabila dia semakin terkenal, jadual pun sibuk.

Sehinggalah dapat tahu dia s4kit. Pernah juga nak tawarkan berlakon, tapi dimaklumkan jadualnya penuh.

“Sekali lagi saya terbaca mengenai kisah hidupnya yang jual buku di jalanan sekitar ibu negara. Kasihan dia. Insya-Allah, nanti saya nak cari dia dan beli buku itu,” katanya.

Dalam masa sama, Fadzil berpesan kepada semua pelakon supaya sentiasa beringat apabila berada di puncak populariti dan kejayaan.

“Apa yang menimpa Puteri Balqis boleh menjadi pengajaran kepada semua. Kena ingat, langit tidak selalunya cerah. Sentiasalah beringat ketika anda senang dan mewah,” katanya.

 

Sumber: Kasi Viral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Langit tidak selalunya cerah, apa yang m3nimpa Puteri Balqis boleh jadi p3ngajaran pada semua” Datuk A.Aida"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*