Berdepan dengan 4zab Influ3nza selama 5 hari, gadis ini kongsi pengalaman

Influ3nza A merupakan j4ngkitan v1rus yang memberi kesan kepada hidung, tekak dan paru-paru. Tanda-tanda awal simptom ini termasuk dem4m, seles3ma dan b4tuk. Malah, v1rus ini juga boleh merebak kepada sesiapa sahaja.

Seperti perkongsian dari Anizon Hussin yang mengalami pengalaman berdepan Influ3nza A ini. Dia turut kongsikan d3rita sepanjang menghidap v1rus berb4haya itu sehingga terasa badan dicucuk-cucuk dan mengalami kesukaran bernafas.

Baru sahaja terdengar v1rus ini sedang merebak rupanya v1rus ini sudah ada dalam tubuh badan. Pengalaman ng3ri sangat menjadi pesakit influ3nza. 5 hari yang menggetirkan. Bermula dari ser4ngan selesema yang tiba-tiba. Rasa pelik kerana tak pernah terkena selesema seperti ini.

Air hidung tak berenti mengalir. Mata rasa panas. Kepala berat. Tapi biasalah rasa diri masih okay, gagahkan diri ke kelas, siap selfie macam-macam ‘angle’ dalam kelas. Masa ini, hidung dah kemain merah.

Dah telan panadol pun masih sama. Minta balik kelas awal. Sampai rumah telan ubat lagi. Paksa diri tidur seketika. Biasa kalau migrain, tidur seketika, bangun mesti okay. Rupanya masih sama.

Paksa lagi untuk baring. Dapat Whatsapp dari Fazieda Danisha, poster simptom influenza. Teliti, ehhhh… macam hampir. Takut. Jam 2 pagi, tak larat. Tak boleh tidur. S4kit badan macam kena d3nggi. Dulu pernah kena d3nggi. Rasa badan macam dicucuk-cucuk. Tak mampu nak tahan dah, terus ke hospital.

Sampai hospital dari temubual, doktor dah agak. Doktor buat dulu test ambil sample kat hidung. Hampir sejam menunggu result. Masa menunggu, muka dah cuak takut kena v1rus itu. Aduhai, tak boleh nak bayang macam mana.

Barulah sibuk google cari info p3nyakit. Nampak doktor menghampiri. Aduhai, harap Dr kata, demam awak ambil antibiotiok, esok lusa sembuh dan awak boleh balik. Oh, usah mengharap jika sendiri pun rasa pelik dengan selesema yang air hidung ‘non stop’.

Ya Allah, terbayang wajah mek abah kat rumah dan Aludra yang ibu belum settle beli barang asrama dan Ajda yang ibu asyik sana sini, lupa nak luang masa. Fikir risiko untuk Ajda dan fikir risiko untuk orang tua seperti mek dah abah. Masuk wad.

Perlu menunggu di rumah kerana katil penuh. Selama 11 jam menunggu di rumah, mata tak boleh buka langsung. Penatnya rasa, sakit badan, hanya Allah yang tahu. Kepala langsung tak boleh angkat. Nak minta bantuan takut berj4ngkit dengan orang di rumah.

Paksa diri untuk bangun, step by step untuk bersihkan diri dan solat. Gerak sikit termenung, gerak sikit termenung. Termenung sebab tak larat. Paksa diri untuk makan. Telan walau tiada rasa. Takut nanti gastrik pula.

Masuk h0spital dan mula dirawat. Demam tinggi. Malam pertama tak boleh tidur, badan mengigil. Siangnya pening, gerak sikit pening. Dr kata ini kesan dari v1rus.

Dr dah mula rawat dengan antibiotik. Macam-macam antibiotik. Terima je, dengan harapan segera sembuh. Allah sudah tarik nikmat sihat, nikmat tidur dan nikmat solat dengan sempurna. Kesihatan makin okay, cuma masih lemah. Dem4m sudah hilang. Masih batuk, kahak warna hijau pekat.

Malam seterusnya tak boleh tidur kerana batuk. Dr X-ray untuk check jika ada jangkitan lain. Hari seterusnya buat rawatan nebuliser untuk cairkan kahak dan rawatan dengan tepukan di belakang badan. Masa tepuk ni, tekak akan rasa gatal dan kita akan batuk.

Hari ke 5, Alhamdulillah, dah semakin sihat. Lemah tu masih ada tetapi semangat perlu kuat. Cari semangat. Satu pengalaman ngeri juga dalam hidup menghadapi v1rus influ3nza ni. Jagalah diri, di musim ini elak berada di tempat ramai orang. V1rus ini mungkin berjangkit semasa saya ulang alik ke hospital uruskan mek. Seingat saya, itulah tempat ramai orang yang saya pergi.

Tapi, mungkin juga ketika beli ayam di Econsave. Tak apa, ujian sakit ini kita ambil secara positif. Ruang untuk kita bersendirian hanya kita dan Allah. Terima kasih pada yang mendoakan. Moga kita sentiasa dalam jagaanNya.

 

Sumber: Anizon Hussin via OH BULAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak! 

Be the first to comment on "Berdepan dengan 4zab Influ3nza selama 5 hari, gadis ini kongsi pengalaman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*