Tatkala isu p0litik memb3lenggu negara kita, industri hiburan juga tidak kurang p4nasnya

K0ntr0versi bersilih ganti bagai tidak berpenghujung yang menyaksikan ‘Jabatan Netizen’ bekerja 24 jam dengan ulasan lengkap daripada pelbagai sudut pandangan.

Media pula dip3rsalahkan kerana tidak berhenti ‘mengerah’ akal dan tangan mereka untuk melontarkan kr1tikan baik dalam bentuk buah fikiran atau hin4an.

Namun, hakikat yang perlu diterima itulah makanan dan hidangan yang sentiasa dinantikan netizen. Tak perlu makan, mereka sudah kenyang dengan sajian pemberitaan.

Hak Cipta Lagu Sumpah

Belum sempat media mengalihkan perhatian daripada isu Sajat bertelekung di Tanah Haram, bekas kekasih penyanyi, Naim Daniel iaitu Dayana muncul kembali membangkitkan isu hak penciptaan lagu Sumpah.

Dalam sidang media diadakan, pihak Dayana menuntut kejujuran daripada Naim dengan mengakui dia juga pencipta lagu itu. Tidak mengharapkan wang kemenangan atau royalti, apa diinginkan adalah kesepakatan bagi meleraikan segala kekusutan.

Biarpun selepas seminggu pihak Dayana menunggu kedatangan Naim bagi melerai pertikaian, ia nampaknya memusnahkan impian seperti apa yang dihajatkan.

Jika benar seperti dakwaan, apa makna sebuah kemenangan jika tidak ada kejujuran dalam karya penciptaan? Kenapa perlu menidakkan hak orang yang pernah menjadi sejarah dalam kehidupan?

Andai permintaan itu sebuah drama rekaan, kenapa perlu diwujudkan? Adakah sekadar untuk memalukan dan menimbulkan persoalan ketulenan lagu kemenangan?

Kemelut Ali Puteh dan Balu Abam

Diselangi dengan kisah Naim-Dayana, air mata Ali Puteh dan ibu Allahyarham Abam Bocey pula mengundang hiba.

Ia berpunca selepas tular video balu Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali yang mendakwa terdapat kekangan dalam soal kewangan dan harta peninggalan arwah daripada pihak keluarga Abam.

Lantas, Ali yang g4gal mengawal emosi hingga sanggup m3nggelar kakak iparnya itu dengan panggilan ket3rlaluan memaksa netizen berhempas-pulas m3ngutuk tindakannya.

Namun, juraian air mata Ali pada sidang media diadakan bukti ketulusan hatinya memohon maaf. Namun begitu, persoalan tetap dibangkitkan netizen, adakah benar d4kwaan Hidayah wujud k0nflik dalaman sebelum 4rwah m3ninggal dunia?

Siapa kita untuk menghakimi. Biarlah mereka selesaikan apa yang terbaik demi masa depan b4lu dan waris ditingg4lkan, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.

Semoga dua isu ini menjadi pengajaran bersama terutama dalam membuat percaturan kehidupan. Jangan menganggap makna kejujuran hanya dalam hal kewangan, tapi ia nilai dalam diri setiap insan. Jangan menilai setitis air mata tanda keinsafan, tapi cuba fahami dan selami makna tersembunyi.

Akhir sekali, letaklah kejujuran dan air mata di tempat tertinggi supaya maruah diri tidak dic3mari malah lebih dihorm4ti.

 

Sumber: myMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Tatkala isu p0litik memb3lenggu negara kita, industri hiburan juga tidak kurang p4nasnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*