“Terima kasih Allah diatas ibu mertua yang terbaik di dunia..” Fasha Sandha luah rasa syukur

Disatukan sebagai suami dan isteri pada Mac tahun lalu, pasangan pelakon terkenal Fasha Sandha dan Aidil Aziz dilihat sangat bahagia bersama.

Apatah lagi, pasangan ini juga tidak lama lagi bakal menimang cahaya mata pertama mereka. Berita gembira itu juga disahkan Fasha Sandha pada Januari lalu.

Bahagia bersama

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

💖

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Kisah pasangan ini walau bagaimanapun sering menjadi perhatian ramai  apatah lagi pelakon terkenal, Fasha Sandha yang kini sangat bahagia disisi suaminya itu membuatkan peminatnya juga tumpang gembira dengan kehidupan selebriti jelita ini.

Menerusi perkongsian terbaru juga, foto pasangan ini meraih ribuan tanda suka dimana rata-rata akui mereka pasangan sangat sepadan.

Bukan itu sahaja, peminat dan pengikut Fasha Sandha menerusi laman Instagram peribadinya juga turut bersyukur apabila melihat posting seterusnya.

Ini kerana, Fasha Sandha memuat naik pula foto bersama ibu mertuanya sehinggakan foto itu juga meraih ribuan tanda suka dalam masa yang sekejap.

Apa yang lebih menjadi perhatian, kapsyen Fasha Sandha yang dapat diperhatikan dirinya bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu mertua yang baginya terbaik di dunia.

Terima kasih Allah diatas Ibu Mertua yang terbaik di Dunia. I Love you Ibu (Ibu takda Instagram mahupun FB). Katanya.

Luahan sayang Fasha Sandha terhadap ibu mertuanya itu membuatkan peminat dan pengikut meninggalkan pelbagai maklum balas dimana mereka turut bersyukur kerana selebriti jelita ini bahagia.

“Alhamdulillah..”

 

Sumber: Fasha Sandha

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

Be the first to comment on "“Terima kasih Allah diatas ibu mertua yang terbaik di dunia..” Fasha Sandha luah rasa syukur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*