Tinggal beberapa jam sahaja lagi upacara mengangkat sump4h PM ke-8, Khalid Samad merayu!

Muhyiddin Yassin dijadual mengangkat sumpah pada hari ini sebagai perdana menteri gabungan baru yang digelar sebagai Perikatan Nasional.

Istiadat pengurniaan suratcara perlantikan dan mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri itu akan diadakan di Istana Negara, pada jam 10.30 pagi.

Sementara itu, Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan mendakwa mereka mempunyai sokongan 115 anggota Parlimen dan berharap Yang di-Pertuan Agong akan menyemak semula keputusan itu.

Bagaimanapun, dua anggota parlimen menafikan menyokong Mahathir, dengan kemungkinan lebih ramai yang akan berbuat demikian hari ini.

Tolonglah Abang Jo – Khalid Samad

KUALA LUMPUR – Menjelang beberapa jam sahaja lagi upacara mengangkat sumpah Perdana Menteri kelapan yang baharu, Khalid Samad menggunakan peluang saat-saat akhir merayu kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Abang Openg.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara itu merayu kepada Ketua Menteri Sarawak supaya menggunakan kebijaksanaannya dan bukan sentimen dalam memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, beliau tahu Abang Johari tidak suka kepada DAP tetapi dalam perkara berhubung pemilihan Perdana Menteri, DAP adalah betul.

“Jadi Abang Jo, saya merayu pada anda, tolong gunakan kebijaksanaan anda dan bukan sentimen anda. Saya tahu anda benci DAP tetapi dalam hal ini, mereka betul.

“Tolong jadi kuat untuk bersama-sama dengan pihak yang betul. Jadikan contoh untuk yang lain ikut. Malaysia dan dunia sedang melihat,” katanya menerusi Twitter.

Tambah Khalid lagi: “Abang Jo saya tidak mengenali anda secara peribadi tetapi anda mesti memiliki penilaian yang baik. Saya mahu bertanya pada anda, jika Mahyuddin boleh mengkhianati Tun M, pemimpin dan mentornya, bolehkah anda mempercayai beliau? Jika beliau boleh mengkhianati pengundi-pengundinya, adakah dia tidak mengkhianati anda? Bersama-sama beliau sudah cukup merosakkan”.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu turut mempersoalkan bolehkah rakyat Malaysia menerima individu yang mengkhianati mereka dan juga pemimpin mereka sendiri.

“Maaf TS, tetapi ini bukan undi yang diberikan untuk anda. Untuk bersama-sama dengan penjahat untuk menggulingkan kerajaan yang sah.

“Anda hanya memalukan diri sendiri dan keluarga serta semua yang berdiri bersama anda,” ujarnya.

Tidak cukup dengan itu Khalid turut menyi1ndir Datuk Seri Najib Razak.

“Najib pasti bahagia. Begitu juga gengnya. Akan terlepas dari terus didakwa sedangkan dari perbicaraan terbuka, amat jelas dan nyata, beliau peni1pu dan per0mpak. Maka Najib berdiri teguh bersama TSMY. Ada yang hairan?

“Pasti tidak. Birds of a feather..(individu yang memikiki sifat sama)? – MalaysiaGazette

 

Sumber: dunia&akhirat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

Be the first to comment on "Tinggal beberapa jam sahaja lagi upacara mengangkat sump4h PM ke-8, Khalid Samad merayu!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*