“30 tahun Kelantan sebagai negeri pemb4ngkang, kini tidak lagi” Nik Abduh

Kira-kira jam 10.30 pagi, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengangkat sump4h sebagai perdana menteri kelapan di hadapan Yang-DiPertuan Ag0ng Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam satu majlis ringkas.

Selesai mengangkat sumpah, Muhyiddin menerima pelukan dan ucapan tahniah daripada anggota parlimen yang menyokong beliau.

Bukan Lagi Negeri Pembangkang

Selepas 30 tahun, Kelantan bukan lagi sebuah negeri pemb4ngkang, kata Anggota Parl1men Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Menurutnya, pada tahun 1990 bekas menteri besar Kelantan yang juga ayahandanya, 4llahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat memulakan langkah di negeri itu. Kini katanya, Presiden PAS Abdul Hadi Awang pula “menyampaikan” Kelantan ke Putrajaya.

“Pada 1990 Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz memulakan langkah di Kelantan. Tahun 2020, Tuan Guru Hj Abdul Hadi menyampaikan Kelantan ke Putrajaya. Selama 30 tahun perjalanan. Tahniah khas buat rakyat Kelantan,” katanya.

Perkongsian itu susulan perkembangan terkini p0litik negara selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin diperkenan Yang di-Pertuan Ag0ng untuk dilantik sebagai perdana menteri kelapan.

Sebagai rekod wakil rakyat PAS dan Umno antara pihak yang menyatakan sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan.

Nik Abduh yang juga anggota jawatankuasa PAS pusat menegaskan, Kelantan kini bukan lagi sebuah negeri pemb4ngkang.

“Negeri Kelantan bukan lagi negeri pemb4ngkang. Alhamdulillah,” katanya.

Perjalanan Politik Perdana Menteri Ke-8

Ibarat permainan papan klasik, ul4r dan tangga, tiada siapa yang menjangka perjalanan pol1tik Tan Sri Muhyiddin Yassin kini cukup manis.

Nama beliau sebelum ini tiada dalam saga untuk jawatan Perdana Menteri selepas Tun Dr Mah4thir Mohamad melepaskan jawatan itu pada 24 Feb lepas.

Namanya hanya timbul apabila disebut oleh Dr Mah4thir ketika melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 pada 27 Feb, dan sehari selepas itu, segalanya berubah. Hari ini, anak jati Muar, Johor yang juga antara pengasas Parti Pribumi Bersatu Mal4ysia (Bersatu) itu, mengangkat sumpah jawatan Perdana Mnteri Mala4sia kelapan di Istana Negara.

Figura berusia 72 tahun itu melalui pelbagai ranjau dan duri dalam perjalanan polit1knya, dan paling terkesan ialah disingk1r daripada Umno dan dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Mnteri semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) berikutan kel4ntangan beliau terhadap kepimpinan BN ketika itu.

Mula berkecimpung dalam politik sejak 1970-an, Muhyiddin yang lahir pada 15 Mei 1947 merupakan Ahli Parlimen Pagoh selama lima penggal sejak 1978.

Selain Ahli Parlimen Pagoh, anak kepada ulama terkenal di Bandar Maharani (Muar), Johor, Muhammad Yassin Muhammad itu juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, Johor.

Beliau berpengalaman luas dalam pentadbiran negara dan pernah memegang pelbagai jawatan dalam Kabinet iaitu Menteri Dalam Negeri (Mei 2018-Febuari 2020); Timbalan Perdana Mnteri (2009-2015); Mnteri Pendidikan (2009-2015); Mnteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2004-2008); Mnteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1999-2004), Mnteri Belia dan Sukan (1995-1999); dan Mnteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah beberapa pentadbiran sebelum ini.

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu dari Universiti Malaya (UM), Muhyiddin juga pernah menjawat jawatan Mnteri Besar Johor (1986-1995), selepas memenangi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang pada pilihan raya umum ketujuh.

 

Sumber: malaysiakini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

 

Be the first to comment on "“30 tahun Kelantan sebagai negeri pemb4ngkang, kini tidak lagi” Nik Abduh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*