Tiba-tiba peluk suaminya dikhalayak ramai, ini pesan Siti Hasmah kepada Tun M

Tidak lagi menjadi perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad sebentar tadi mendapat dakapan erat dan lama daripada orang penting di belakang beliau selama ini – Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Dalam klip video pendek dimuat naik di Facebook ahli parlimen Langkawi itu, Siti Hasmah memeluk suaminya untuk beberapa ketika sambil aksi itu dirakam beberapa orang dekat dengan pasangan tersebut, termasuk anak mereka Marina Mahathir.

Seperti selalu Mahathir dilihat menunjukkan sikap sporting dengan membiarkan dirinya dipeluk Siti Hasmah walaupun sebelum itu beliau baru saja membuat kenyataan mengenai situasi semasa politik negara.

Konflik dalaman itu menyaksikan Muhyiddin Yassin akhirnya dilantik sebagai perdana menteri menggantikan Mahathir.

Aksi itu juga menyentuh perasaan ramai apabila Siti Hasmah kelihatan sebak dan pada satu ketika cuba menyembunyikan wajahnya di belakang Mahathir.

“Jangan malu-malu,” kata Siti Hasmah pada awalnya.

Mengiringi hantaran tersebut ialah pesanan ringkas daripada Mahathir: “Terima kasih semua.”

Terima kasih Dr Mahathir, jasa mu rakyat Malaysia akan kenang. Sudah tiba masanya untuk anda berehat.

Thank you everyone.

Posted by Dr. Mahathir bin Mohamad on Saturday, February 29, 2020

 

Sumber : Malaysia KINI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

Be the first to comment on "Tiba-tiba peluk suaminya dikhalayak ramai, ini pesan Siti Hasmah kepada Tun M"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*