Lama berdiam diri akhirnya ‘calon PM ke 8’ mula bersuara! ini reaksi Anwar Ibrahim selepas Muhyiddin Yassin dilantik PM ke 8

Anwar Tenang, Hormati Keputusan Agong – Farhash Wafa

Meskipun menghormati keputusan Yang diPertuan Agong (YDPA) namun Pakatan Harapan tetap menegaskan parti itu mempunyai sokongan majoriti untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Demikian kata Setiausaha Politik Presiden PKR Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak ketika ditemui wartawan sebelum meninggalkan kediaman Anwar di Segambut.

Katanya lagi, Anwar akan mengadakan perbincangan mengenai sokongan terhadapnya dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan malam ini.

Perkara itu juga ujar beliau akan diperincikan semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR yang akan diadakan pada esok.

Anwar akan bincang sokongan majoriti pada mesyuarat Majlis Presiden PH

KUALA LUMPUR – Meskipun menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Pakatan Harapan menegaskan bahawa parti itu mempunyai sokongan majoriti, kata Setiausaha Politik Presiden PKR, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Tambah beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut dalam mesyuarat Majlis Presiden PH malam ini.

Perkara itu juga, ujar beliau, akan diperincikan semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR yang akan diadakan pada esok.

“Kita hormati keputusan YDPA tapi kami tahu kami dapat jumlah sokongan. Akan ada perbincangan malam ini di antara Majlis Presiden.

“Esok kami di PKR ada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat,” katanya kepada wartawan sebelum meninggalkan kediaman Anwar di Segambut.

PH hari ini membuat keputusan mengejutkan apabila menyatakan sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.

Dalam kenyataannya, gabungan parti itu memaklumkan, ia berpegang teguh kepada prinsip dan akan terus memperjuangkan Pakatan Harapan dalam kerajaan.

Ditanya tentang reaksi Anwar selepas Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Kelapan, Farhash berkata, Presiden PKR itu sentiasa tenang.

“Reaksi Datuk Seri okay, tenang, beliau sentiasa tenang,” katanya. – MalaysiaGazette

LANGSUNG: ‘Berb0hong untuk jadi PM?’ soal Mukhriz

8.00 malam: Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir dakwaan yang mengatakan 36 ahli parlimen parti mereka menyokong Muhyiddin Yassin.

Sedangkan, katanya, enam ahli parlimen Bersatu menyokong Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata enam ahli parlimen itu adalah dirinya, Mahathir, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik, Ahli Parlimen Kuala Pilah Eddin Syazlee Shith, dan Ahli Parlimen Kubang Pasu Amirudin Hamzah.

“Boh0ng menjadi PM?” katanya dalam catatan di Facebook.

Kenyataan Mukhriz itu turut disertakan dengan satu kenyataan media semalam yang menyatakan bahawa Bersatu menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri dan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat yang “dihadiri oleh 36 ahli parlimen”.

Bersatu hanya mempunyai 26 ahli parlimen sebelum 10 ahli parlimen yang meninggalkan PKR yang diketuai Mohamed Azmin Ali menyertai parti itu.

Selepas pengumuman bahawa Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri, Eddin Syazlee yang dikatakan sedang menuju ke Yayasan Albukhary, tempat pemimpin PH berkumpul, sebaliknya dilihat hadir di kediaman Muhyiddin. Beliau bagaimanapun beredar tidak sampai setengah jam selepas tiba.

Hanya tiga jam selepas menyatakan sokongannya kepada Mahathir, Maszlee kemudian mengumumkan beliau bersyukur Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri.

VIDEO

TERKINI : Esok Muhyiddin Angkat Sumpah ke8? Jawapan Anwar, Tunggu Malam Ada Mesyuarat

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya Bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika keluar di kediamannya yang terletak di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

 

Kredit: Dunia Akhirat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak! 

Be the first to comment on "Lama berdiam diri akhirnya ‘calon PM ke 8’ mula bersuara! ini reaksi Anwar Ibrahim selepas Muhyiddin Yassin dilantik PM ke 8"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*