“Saya tidak akan hadir di istiadat angkat sumpah PM baharu hari ini” ini sebabnya Tun M taknak hadir

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri di hadap Yan Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah yang dijaduakan hari ini. Perlantikan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan dikatakan ditentang oleh sebahagian ahli parlimen yang lain.

Susulan daripada itu dalam sidang media yang diadakan oleh Tun Mahathir hari ini mengatakan bahawa beliau tidak akan hadir dalam istiadat pengurniaan di Istana Negara.

Agong tidak mahu jumpa Tun M

Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah membuat keputusan untuk tidak berjumpa dengannya lagi.

Beliau berkata, Pakatan Harapan (PH) tidak dapat menyerahkan sokongan 114 Ahli Parlimen.

“YDPA sudah membuat keputusan dan di (Muhyiddin) angkat mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-8 pada jam 10.30 pagi nanti walaupun kita mempunyai majoriti.

“Saya tidak ada peluang untuk memberitahu Yang di-Pertuan Agong yang dia (Muhyiddin) tidak mempunyai majoriti dan tidak dapat berkomunikasi dengan istana,” katanya pada sidang media, di Kuala Lumpur, hari ini.

Ketika ditanya adakah dia akan bertemu dengan Yang Dipertuan Agong, Tun Mahathir menjelaskan dia tidak dapat bertemu dengan Yang di-Pertua Agong.

Beliau berkata, PH kini terpaksa menunggu sidang Dewan Rakyat akan datang untuk menunjukkan mereka mempunyai sokongan majoriti bagi membentuk kerajaan.

Menurutnya, peluang mereka untuk menguasai kerajaan kini semakin terhad apabila Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan, 10.30 pagi ini.

“PH akan terus berusaha memberitahu rakyat yang kami mempunyai majoriti sokongan Ahli Parlimen yang sepatutnya diberi peluang membentuk kerajaan dan menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Terdahulu, Beberapa Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) tiba di Yayasan Al-Bukhary, di sini sejak 8 pagi tadi untuk berkumpul secara aman bagi menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Antara yang sudah tiba di Yayasan Al-Bukhary ialah Dr Mahathir sendiri yang juga Perdana Menteri interim; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Ahli Parlimen Ipoh Barat; M Kulasegaran, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Turut menyusul Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Pantai, Fahmi Fadzil; Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin

Perdana Menteri ke-8 Bersama isterinya. Harapan kami, utamakan agama dan nasib rakyat terbela PM kali ni, isterinya bertudung

Selepas seminggu negara menghadapi kemelut kepemimpinan politik, Malaysia hari ini bakal menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dijadual diadakan di Istana Negara pada 10.30 pagi ini.

Majlis berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen.

Pelantikan Muhyiddin, 72, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai Perdana Menteri kelapan, dibuat selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Pagoh itu dilantik ke jawatan nombor satu kerajaan susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari lalu, sehingga mencetuskan krisis politik tanah air, menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) h1ilang kuasa dan perubahan gabungan parti-parti politik. – BERNAMA

 

Sumber: Bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

Be the first to comment on "“Saya tidak akan hadir di istiadat angkat sumpah PM baharu hari ini” ini sebabnya Tun M taknak hadir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*