Ustaz ini buat pend3dahan yang Tun M sendiri rancang Muhyiddin jadi PM Ke-8

Sejak Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 8, ramai yang mengatakan ini adalah rancangan Tan Sri Muhyiddin sendiri.

Ustaz Abu Syafiq menyatakan sebaliknya dengan menyatakan bahawa ini semua adalah rancangan dari Dr Mahathir sendiri. Kenyataan ini dimuatnaik ke laman Facebook Ustaz Abu Syafiq sendiri. Jom Baca.

Ustaz Abu Syafiq (Pendedahan Rahsia)

1- Bijak Tun M. Setelah dia letak jawatan beliau sendiri cadangkan kepada Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah agar dilantik TS Muhyiddin sebagai PM ke 8 bagi mengelakkan kecelaruan rebutan jawatan nom 1 itu dikalangan perebut-perebutnya.

2- Dari sudut pandang lain juga rakyat boleh sedar dan nampak bahawa sudah pasti Yang di-Pertuan Agong bertanya kepada Tun M siapa antara pilihan bagi mengantikan beliau.

Agong kita yang hebat seorang yang sering meraikan pandangan orang lain secara bijak menerima cadangan Tun M itu tetapi perlu juga dipersembahkan majoriti sokongan.

3- Ayat ‘TS Muhyiddin dan geng adalah pengkhianat’ hanya mainan dua tiga hari sahaja.

Kemungkinan besar jika ada undi tidak percaya keatas PM 8 di Parlimen maka Tun M lah orang nombor satu akan sokong TS Muhyiddin sebagai terus menjadi PM 8 kerana ia rahsia. Bijak Tun M.

4- Mengapa Tun M buat macam ini? Ini kerana Tun M nak jada hati ‘anak-anak’ lain yang baru kena tendang.

Tun M orang tua. Dia perlu bersikap memujuk hati semua ‘anak-anaknya’ yang ‘degil-degil’ itu semua.

Tun M pun tahu jika hal ini dibawa ke Mahkamah sekalipun pelbagai perkara yang akan menghalang dan kekangan masa yang pasti wujud.

Bukan senang nak bawa hal ini ke Mahkamah nakkan pula TS Muhyiddin ada kuasa besar dah sekarang.

5- Tahniah Tun Mahathir! Tun seorang atok yang bijak dalam politik. Terima kasih juga kerana menjaga hati PKR, DAP, PAN dan lain-lain walaupun nampak macam mewujudkan kecoh ala-ala tak puas hati dan bersama pembangkang kini.

Syabas Tun! 

 

Sumber – www.facebook.com/AbuSyafiq1

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

Be the first to comment on "Ustaz ini buat pend3dahan yang Tun M sendiri rancang Muhyiddin jadi PM Ke-8"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*