Seperti dapat tahu ‘sesuatu’ Haji Hadi mula ceritakan perkara sebenar tentang Tun M

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengajak semua pihak menghormati Tun Dr Mahathir Mohamad yang sangat berjasa kepada negara.

Beliau berkata, Dr Mahathir berjaya menangani isu-isu berkaitan kerajaan dan pemb4ngkang sejak mengambil alih pentadbiran negara selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), kira-kira dua tahun lalu.

Katanya, bekas Perdana Menteri juga berjaya mengawal kemelut politik sehingga selesai dengan aman dalam usianya tanpa sebarang huru-hara seperti negara lain, menjadikan Dr Mahathir contoh negarawan dunia terkini yang akan disimpan dan sentiasa dikenang dalam lipatan sejarah.

“Perlu dihormati Tun Mahathir yang sangat berjasa kepada negara, supaya jangan (beliau) dikorbankan menjadi kambing hitam oleh pemimpin yang gila jawatan sehingga nafsu mengatasi akal dan sanggup menjadikan matlamat menghalalkan segala cara, tanpa nilai maruah diri, agama, bangsa dan negara.

“Sehingga mengheret ahli politik melakukan perkara yang kotor, menjatuhkan maruah, mendedahkan keaiban dan dosa yang lebih baik disembunyikan dan bertaubat kepada Allah Taala serta bermaafan,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu juga bersyukur dan menjunjung kasih dengan penyelesaian diambil oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja sehingga dapat menangani krisis politik negara.

“Sekalung terima kasih kepada Sabah dan Sarawak, pemimpin dan rakyatnya yang berada dalam jasad Malaysia yang menahan kesakitan kerana penyakit menjangkiti mereka, namun mereka menjadi sebab sehingga negara bersatu walaupun dipisahkan oleh lautan yang luas,” katanya.

Kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Abdul Hadi mendoakan agar Ahli Parlimen Pagoh itu yang dipilih menjadi Perdana Menteri tanpa melobi dan berkempen untuk dirinya sendiri, mendapat kelebihan.

Sementara itu, Presiden PAS menegaskan, Perikatan Nasional yang dibentuk hasil kerjasama beberapa parti akan melaksanakan kewajipan menjaga perpaduan masyarakat majmuk berkonsepkan adil kepada semua kaum.

“Kami mengambil langkah menyatukan umat Melayu Islam daripada bawah dengan mengadakan Muafakat Nasional (PAS dan UMNO-Barisan Nasional). Tun Mahathir dan kalangan ilmuwan mengadakan Kongres Maruah Melayu.

“Kami mengumpulkan yang berpecah sehingga menghasilkan gabungan Perikatan Nasional, mengambil alih bersama kerajaan yang terpaksa diselamatkan,” katanya.

Beliau juga mengingatkan masyarakat Melayu dan Islam supaya berpegang kepada konsep wasatiyyah yang sebenar, menjaga hubungan kemanusiaan dan kekeluargaan dengan istiqamah.

“Begitu juga kalangan bukan Islam, menolak yang ekstrem dengan mengambil penekanan kepada aspek titik persamaan kemanusiaan bermasyarakat majmuk dengan bertasamuh (bertoleransi) dalam perbezaan agama, kaum dan taraf pendidikan.

“Selain itu, penekanan kepada persamaan kehidupan dari aspek moral yang boleh bertaawun (bertolong menolong) dalam perkara kebajikan dan menolak kejahatan.

“Marilah kita bersatu mara ke hadapan, bertaawun dalam perkara kebajikan dan ketaqwaan, bertasamuh dalam perbezaan agama, kaum dan politik, laksana ‘biduk berlalu kiambang bertaut, membujur lalu melintang patah’,” katanya lagi.

Ramai ucap Terima Kasih Tun M

Setakat 2 petang ini, video berdurasi satu minit itu yang dimuat naik di Instagram telah mencatatkan lebih 610,000 tontonan dan lebih 16,000 komen.

Komen berkenaan secara amnya mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir atas kepimpinan dan sumbangan beliau sebagai perdana menteri keempat Malaysia dari 1981 hingga 2003, dan sekali lagi sebagai Perdana Menteri ketujuh Malaysia pada 2018 selepas beliau menerajui Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Mendoakan kesejahteraan beliau, kebanyakan netizen turut memberi komen bahawa ini masanya untuk Dr Mahathir berehat dan meluangkan lebih banyak masa dengan keluarganya.

Netizen @finasaffie berkata: “Terima kasih Tun…Ini masanya untuk anda berehat…luangkan masa anda dengan isteri dan keluarga tersayang …saya akan sentiasa menyokong anda dan anda akan sentiasa menjadi wira nombor satu saya.”

Sementara itu, @uyainaarsahd berkata: “Saya amat menyayangi anda berdua.”

Seorang lagi pengikut, @aimiezainuddin berkata: “Terima kasih Tun. Jasa Tun akan dikenang sampai bila-bila. Jaga diri Tun.”

Komen diberikan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk @josephine_phen yang memuji Dr Mahathir atas sumbangan beliau terhadap negara.

“Seorang daripada tokoh paling hebat… Terima kasih Tun,” tulisnya.

 

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Seperti dapat tahu ‘sesuatu’ Haji Hadi mula ceritakan perkara sebenar tentang Tun M"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*