“Perangai orang pura-pura baik pakai tudung” sindir4n Syatilla Melvin dibalas TMJ

Pagi tadi, kita dikejutkan dengan luahan pemilik kelab bolasepak JDT berkenaan prestasi pemainnya yang agak merosot. Walaupun tidak menyebut nama pemain tersebut, rata-rata warganet telah membuat spekulasi bahawa luahan itu ditujukan kepada Safawi Rasid.

Teman wanitanya juga turut dikaitkan dalam hal ini berikutan luahan TMJ seakan merujuk kepada masalah peribadi pemain tersebut sehingga membuatkan kemerosotan prestasi bermain bola sepak diatas padang.

“Aku pun tak pernah meroyan dekat media sosial.”

Selepas nama Syifa Melvin ‘naik’ di media sosial dan menerima banyak kecaman daripada warganet di ruangan komen Instagramnya, kakak kepada pelakon itu yang juga seorang selebriti iaitu Syatilla Melvin telah bersuara di IG story miliknya.

Walaupun tidak ditujukan kepada siapa, namun apa yang ditulis oleh Syatilla seakan merujuk kepada penulisan TMJ.

TMJ balas kenyataan Tilla

Tidak berapa selepas itu, TMJ turut membalas kembali kenyataan Syatilla tersebut dengan menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh isteri Shaheizy Sam itu.

Pawi mohon maaf

Namun begitu, Safawi dilihat enggan mengeruhkan lagi keadaan apabila memuat naik gambar serta pemohonan maaf terhadap prestasinya yang agak merundum. Dia juga berjanji akan terus berusaha menjadi lebih baik dan mengekalkan prestasinya.

Terdahulu, kemelut yang melanda ini terjadi apabila pemilik kelab dari Selatan Tanah Air tersebut bersuara di ruangan IG story dengan meluahkan rasa kesal berpunca daripada prestasi menurun pemain paling bernilai itu. Ia juga didakwa ada hubung kait dengan teman wanitanya yang memaksanya untuk berkahwin.

Jadi, TMJ telah menegur dan memberi sedikit nasihat berkaitan hal tersebut kerana perkara itu boleh menjejaskan kariernya sebagai seorang pemain bolasepak profesional.

 

Sumber : Samtilla, hrhcrownprincejohor via omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

Be the first to comment on "“Perangai orang pura-pura baik pakai tudung” sindir4n Syatilla Melvin dibalas TMJ"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*