Kerana k0r0navirus, Datin Shahida tak dapat pulang ke Malaysia dan terpaksa kembali ke Madinah

Isteri kepada usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang kini mengerjakan ibadah Umrah mendedahkan dia terpaksa menunda tarikh pulang ke Malaysia disebabkan wab4k koronav1rus (COVID-19).

Menurut Shahida, mereka sekeluarga akan kembali ke Madinah dan menggunakan masa itu untuk beribadah.

“Sebab isu koronav1rus kami sepatutnya pulang esok tapi kena tinggal lagi di sini dan kembali ke Madinah. Mungkin 2-3 hari tunda dari tarikh asal. Apa pun hikmahnya dapat la kita beribadah lebih lama. Dapat pergi masjid nabi dan ke raudhah lagi. Amin,” tulisnya.

Berita itu dikongsi menerusi Instagram Stories miliknya semalam.

Shahida bersama lima orang anaknya, Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan termasuk yang baru berusia dua bulan Raudhah Arshiyah berada di tanah suci bagi sejak 23 Februari lalu. Selain itu, Shahida juga turut ditemani ibu bapanya, nenek mentuanya serta pembantu rumah.

 

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

Be the first to comment on "Kerana k0r0navirus, Datin Shahida tak dapat pulang ke Malaysia dan terpaksa kembali ke Madinah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*