Syifa Melvin beri penjelasan apabila ditudvh kaki kikis duit Safawi Rasid

PELAKON Syifa Melvin menafikan dakwaan yang mengatakan dia mengambil kesempatan terhadap kekasihnya yang juga bintang muda skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Safawi Rasid.

Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 26, menegaskan dia berkerja keras untuk menampung kehidupan sendiri tanpa perlu meminta wang daripada Safawi.

“Saya bersusah payah cari duit sendiri, tidur tak cukup apatah lagi rehat hanya untuk nak biayai dan menampung perbelanjaan diri sendiri.

“Tak pernah sekali minta duit ‘dia’ (Safawi) untuk sara hidup… Dia pun kenal Syifa macam mana,” tulis Syifa di Instagram pada Rabu.

Syifa tampil menjelaskan perkara itu selepas pemilik skuad JDT iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegur prestasi Safawi yang semakin merudum kerana didakwa berpunca daripada isu peribadi bersama kekasih.

Menerusi Instastory, Tunku Ismail atau TMJ berkata kemerosotan prestasi mendadak Safawi disebabkan tekanan daripada kekasihnya yang mendesak mahu berkahwin pada tahun ini.

Walaupun tidak menyebut siapakah wanita itu namun umum mengetahui bintang bola sepak muda itu sedang bercinta dengan seorang pelakon.

Dalam pada itu, adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini turut menjelaskan dia tidak pernah memaksa Safawi untuk berkahwin seperti yang didakwa.

Menurut Syifa, kegagalan Safawi untuk memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan tiada kaitan dengan kehidupan peribadi mereka malah dia sentiasa memberi sokongan kepada kekasihnya itu.

“Berkenaan paksa kahwin, demi Allah tak pernah sesekali tapi Syifa yakin dan tahu kenapa dia memberi alasan sebegitu, cuma dia sahaja tahu.

Dia tak perform atas padang tak ada kena mengena dengan soal peribadi, sekali pun saya tak pernah usik hal kerjaya dia malah selalu berdoa dan memberi sokongan.

“Tak tahu pula boleh jadi besar macam ini. Terima kasih kepada yang komen maki, hina atau puji. Saya doakan anda semua jangan melatah dengan apa yang anda baca… yang mengalami dan rasai hanya kami berdua,” katanya.

Menerusi Instagram Safawi ada memuat naik status memohon maaf atas prestasinya yang semakin merosot dan akan cuba melakukan yang terbaik dalam pelawanan seterusnya.

Sumber Mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Syifa Melvin beri penjelasan apabila ditudvh kaki kikis duit Safawi Rasid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*