“P3rgi selamanya dalam tidur, Yana Samsudin kongsi kehil4ngan

KUALA LUMPUR: Adik lelaki pelakon Yana Samsudin yang baru bergelar bapa 37 hari lalu, m3ninggal dunia dalam tidur, petang tadi.

Yana berkongsi berita pem3rgian 4llahyarham Muhammad Fahmi Harith, di Instagram (IG), sebentar tadi. Yana meluahkan kes3dihan kehil4ngan Muhammad Fahmi yang baru merasai nikmat sebagai bapa, selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Yana berkongsi, setiap kali membaca berita kem4tian, dia pasti sayu hingga cuba mengelak daripada mengikutinya. Yana mengaku tidak dapat membayangkan jika perkara sama berlaku kepadanya, apatah lagi jika membabitkan ayah dan suami.

“Rupanya hari ini, keh1ilangan adik..Ya Allah, macam mana hendak ada kekuatan diri. Satu-satunya lelaki dalam adik-beradik dan baru jadi ayah 37 hari.

“Dik, beritahu Nana yang hendak balik Yong Peng minggu ini sebab mahu sambut hari jadi sekali? Rupanya betul akak bawa engkau balik… Sekejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah, emak, abah dan semua ya?

“Dik, kakak halalkan segalanya dunia 4khirat. Dik, engkau seorang yang memudahkan urusan orang lain. Ada masalah diam, tiada masalah pun diam,” luahnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Innalillahwainalillahirojiun… lately ni bila baca berita orang meninggal dan ziarah orang meninggal.. rasa terlalu sayu.. sampai rasa nak elak pun ada sebab tak dapat bayangkan kalau terjadi kat diri sendiri. Hilang abang, hilang ayah hilang suami sekelip mata. . . Rupanyaa hari ni… 😢 Aku kehilangan adik aku.. Ya Allah .. macam mana nak ada kekuatan diri ni.. satu satunya lelaki dalam adik beradik, baru jadi ayah 37 hari….. . . Dik… ada bagitau Nana yang nak balik Yong peng minggu ni kan sebab nak sambut birthday sekali? Rupanya betul akak bawa ko balik dik… kejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah , mak abah dan semua ya.. . . Dik.. akak halalkan segalanya dunia akhirat… Dik , ko seorang yang memudahkan urusan orang lain.. ada masalah diam.. takda masalah pun diam.. . . Tak da apa lagi akak boleh cakap , akak dah sakit kepala sakit mata menangis dari siang tadi.. akak terlalu sayang kan ko , tapi Allah lebih sayang kan ko dari segalanya… . . Ko pergi tanpa kata apa apa kepada kami.. Nana masih pantang kat Sarawak .. ko pergi tinggalkan dunia ni sorang sorang kat rumah tu dik… . . Ya Allah sedih akak dik .. tapi akak tengok di sebalik hikmah semua ni mudahnya kau pergi dik… . Semoga Allah ampun segala dosa dan mudah kan urusan di akhirat kelak… amin.. . . Mohon doakan Al-Fatihah buat arwah adik saya Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin. @fahmiharith #achikamie yang meninggal masa tidur .. . . Mohon jika ada salah silap arwah minta halal makan minum arwah. Kalau ada apa apa PM saya dan suami saya ya.. @fadzilzahari … yang benar -YS @mizznana88

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Yana sedih kerana adiknya m3ninggal dunia seorang diri di rumah dan tidak sempat meninggalkan pesan. Pada entri itu, Yana memohon sesiapa yang mengenali arw4h agar mengampunkan segala dosa serta menghalalkan makan dan minumnya selama ini.

Salam Takziah kepada Yana sekeluarga. Semoga 4rwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

 

Sumber: dunia&akhirat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

Be the first to comment on "“P3rgi selamanya dalam tidur, Yana Samsudin kongsi kehil4ngan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*