Baru saja dapat lesen 10 minit, pemandu ini p4nik dan terb4bas masuk sungai

Menggunakan telefon ketika memandu bukan sahaja memb4hayakan diri sendiri tetapi juga meng4ncam ny4wa pengguna jalan raya yang lain serta mereka yang berada di dalam kereta.

Mujurlah apa yang berlaku kepada seorang pemandu ini tidak memb4hayakan ny4wa orang lain kecuali dirinya sendiri.

Pemandu muda yang dikenali sebagai Zhang terpaksa menahan rasa malu setelah dia menjunamkan keretanya ke dalam sungai 10 minit selepas mendapat lesen memandu.

Menggunakan telefon ketika memandu.

Menurut lelaki itu, ketika sedang memandu dia cuba mengambil kesempatan untuk membaca mesej dari keluarga dan rakan-rakan yang mengucapkan tahniah kepadanya kerana lulus ujian memandu.

Keretanya juga baru didaftarkan dan pastinya dia tertunggu-tunggu untuk memandu kereta barunya itu secara sah. Malangnya bau kedai kereta itu terus hil4ng sebaik dia terjun4m ke dalam sungai.

Dalam rakaman CCTV, kereta putih yang dipandu Zhang dapat dilihat berpusing ke kiri memasuki jambatan Laoping yang sempit.

Tiba-tiba kereta itu kelihatan seperti hilang kawalan dan daripada menekan brek, kereta itu memecut ke depan dan jatuh dari jambatan ke dalam air.

Panik melihat pejalan kaki.

Apabila disoal siasat, Zhang berkata dia cuba untuk membaca mesej dari telefon apabila dia ternampak dua orang pejalan kaki di hadapannya. Dia kemudian panik dan berpusing ke kiri secara tiba-tiba.

Dia bernasib baik kerana kereta itu tidak terus tenggelam, memberikan dia masa untuk melepaskan diri. Menurutnya jika kereta itu t3nggelam dia mungkin tidak akan dapat menyelamatkan diri kerana pintunya tidak dapat dibuka dan tangannya juga terseliuh.

Orang ramai kemudian membawa Zhang ke kawasan selamat dan memberikannya pakaian yang kering sementara keretanya ditarik keluar oleh kren. Setakat ini tiada maklumat jika dia akan dikenakan apa-apa d3nda untuk kejadian itu.

 

Sumber: The Sun via HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

Be the first to comment on "Baru saja dapat lesen 10 minit, pemandu ini p4nik dan terb4bas masuk sungai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*