Hanya kerana ingin buat rakaman vide0, usahawan terkenal ini disy4ki memkul anak angkatnya

Seorang usahawan kosmetik terkenal didakwa telah bertindak kasar dengan memukul anak angkatnya. Menerusi satu laporan p0lis yang viral di media sosial ketika ini, usahawan kosmetik itu dikatakan memvkul kanak-kanak itu kerana ingin merakam gelagatnya menangis ketika sesi rakaman video.

Kena pukul dengan kasut

Kejadian tersebut dikatakan telah berlaku di kediaman usahawan kosmetik tersebut yang terletak di Kota Damansara sebelum pembantu rumahnya yang juga merupakan saksi kejadian membuat laporan polis.

Menerusi laporan polis yang dibuat, saksi memberitahu bahawa usahawan terbabit telah bertindak mengangkat tangan kepada anak angkatnya hanya kerana ingin merakam video Youtube yang menyaksikan gelagat anak angkatnya itu sedang m3nangis.

Usahawan tersebut kemudian telah meminta pembantu rumah berkenaan untuk membawa kanak-kanak itu ke dalam sebuah bilik kasut sebelum mengarahkannya untuk memvkul m4ngsa.

Akan tetapi, pembantu rumah ini mengakui bahawa dia tidak berani dan enggan menuruti arahan usahawan tersebut untuk mengangkat tangan serta memvkul mangsa kerana risau kanak-kanak itu akan terc3dera.

Bibik buat laporan polis

Menceritakan kisah itu, pembantu rumah ini memberitahu bahawa usahawan kosmetik dengan sendirinya telah memukul mangsa menggunakan kasut dan telah mencubit badan m4ngsa sehingga meninggalkan kesan lebam.

Sementara itu, pembantu rumah ini mengatakan bahawa tujuan dia membuat laporan polis adalah untuk melindungi dirinya daripada difitn4h dan ditvduh kerana memkul m4ngsa.

Susulan itu, Harian Metro turut melaporkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Kami sudah merakam keterangan daripada semua saksi termasuk susp3k. Kertas siasatan berhubung kejadian itu dijangka siap dalam minggu ini. Ia akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

 

Sumber: Facebook, Harian Metro via OhBulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Hanya kerana ingin buat rakaman vide0, usahawan terkenal ini disy4ki memkul anak angkatnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*