Nenek 90 tahun ini kongsi dialek yang istimewa, tapi lain pula yang jadi perhatian

Seperti yang diketahui umum, masyarakat melayu kaya dengan bahasa dan juga dialek yang unik. Lazimnya dialek ini tercipta mengikut faktor tempat. Namun begitu, dialek seakan dilupakan oleh golongan muda ketika ini.

Ini kerana, kebanyakan dialek yang unik hanya dipraktikkan oleh generasi tua yang masih tinggal di kampung.

Warga emas kongsi dialek Melayu Pattani

Satu video telah tular di laman Twitter yang dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @nazirshahmhd.

Melalu video tersebut, seorang warga emas telah menarik perhatian ramai apabila seorang nenek yang masih menuturkan dialek yang unik dan jarang didengari oleh golongan muda.

Nenek itu masih lancar menuturkan dialek Melayu Pattani. Manis bertudung putih, nenek tersebut turut berkongsi pengalaman kehidupannya ketika zaman penjajahan Jepun.

“Akhirnya dapat juga dengar dialek asli Melayu Patani tanpa pengaruh bahasa Thai. Pengalaman Mok Kak Ngoh, wanita berusia 90 tahun yang menetap di Kampung Batan, Maung, Yala”. 

Namun begitu, disebalik kisah kehidupan zaman penjajahan yang dikongsi nenek  tersebut turut mencuri tumpuan netizen.

VIDEO

Nenek berumur 90 tahun masih tampak cantik dan ayu

Apa yang unik mengenai nenek ini adalah sebalik dialeknya itu, raut wajahnya yang masih kekal cantik biarpun sudah mencecah 90 tahun.

“Nenek ni dah 90 still lawa.. aku ni muda-muda dah huduh”

“Setuju. Masa muda dulu mesti lawa. Berumur pun masih nampak cantik lagi”

“90 years old yet still pretty”

“Serious la umur 90 tahun. Nampak macam baru 60 ke 70 tahun je. Mudanya mesti lawa gila, mesti kegilaan orang kampung ni”

Selain memiliki wajah yang cantik walau berusia, dia masih kelihatan sihat dan mampu tersenyum ketika berkongsi kisah hidupnya.

 

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

Be the first to comment on "Nenek 90 tahun ini kongsi dialek yang istimewa, tapi lain pula yang jadi perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*