Dr Amalina dan Dr Rafidah bid4s laporan yang mengatakan cuaca panas mampu halang COVID-19

Ekoran dari penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan, ada segelintir pihak mengambil kesempatan mengeluarkan kenyataan mengenai pencegahan virus itu secara umum.

Bagaimanapun, kenyataan pencegahan melalui hidangan makanan singgang ikan dan cuaca panas di Malaysia turut mendapat respon balas dari Dr Amalina Bakri dan Dr Rafidah Abdullah. Masing-masing kurang setuju dengan kenyataan yang dikeluarkan itu.

Cuaca panas halang COVID-19?

Ramai merungut kerana cuaca panas.. bila tengok video ni baru kita rasa bersyukur kerana Allah SWT untuk bumi Malaysia panas kejap.

— Zaid Harithah (@Zaidharithahz) March 10, 2020

Sebuah laporan program berita nombor satu Malaysia telah melaporkan hasil pemantauan dari Prof Dr. Norayati Abd Majib menyifatkan penggunaan cecair sanitasi pada tangan amat penting. Malah, tidak dinafikan juga rakyat Malaysia lebih gemar menggunakan topeng muka (mask) untuk mengurangkan penularan wabak ini.

Cuaca panas 35-36 darjah Celsius, ia tidak tahan. Jadi, rajin-rajinlah berjemur supaya kita panaskan badan, berpeluh. Itu sebab kalau boleh buka tingkap, jangan buka air-cond. Matahari dari luar tu lebih bagus untuk disinfect rumah kita.

Selain itu, Prof Dr. Norayati Abd Majib turut menyatakan bahawa suhu cuaca panas di Malaysia berpotensi untuk menghalang pembiakan virus. Anda juga dinasihatkan untuk berjemur dan tidak takut kepada cahaya matahari.

Kajian lanjut perlu dilakukan

Bagaimanapun, kenyataan dari laporan pakar berkenaan telah mendapat respon dari Dr Amalina Bakri yang kurang setuju. Dr Amalina sebelum ini juga pernah menulis artikel mengenai perbincangan berkaitan faktor suhu, cuaca dan haba terhadap COVID-19.

Terdapat beberapa tuntutan yang tidak terbukti seperti meminum air panas, mandi air panas atau menggunakan pengering rambut. Peningkatan suhu dan kelembapan tidak semestinya membawa kepada pengurangan penularan wabak.

Dr Amalina menyifatkan wabak COVID-19 memerlukan masa untuk mengkaji mengenai virus ini dan telah diberi teguran dari saintis untuk tidak sewenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan.

Cuaca panas tidak membnuh COVID-19

Sementara itu, Pakar Perunding Nefrologi iaitu Dr Rafidah Abdullah turut membidas laporan yang dikeluarkan Prof Dr. Norayati Abd Majib menerusi program berita stesen TV itu.

Dia turut menegaskan bahawa cuaca yang panas tidak membnuh virus COVID-19. Malah, dia turut menasihati agar berita yang belum sahih tidak sepatutnya disebarkan.

 

Sumber: Dr Amalina | Dr Rafidah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

Be the first to comment on "Dr Amalina dan Dr Rafidah bid4s laporan yang mengatakan cuaca panas mampu halang COVID-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*