Hari pertama masuk kerja, Menteri Agama panggil semua staf solat sunat sama-sama

Pelantikan Dato’ Seri Dr Zulkifli Al Bakri sebagai Menteri Agama yang baharu sememangnya telah disambut baik oleh sebahagian besar rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Islam.

Hari ini beliau telah memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Agama dan telah pun memasuki Kementerian bagi mengetuai mesyuarat pertama sebagai seorang menteri.

Mulakan hari pertama dengan berjemaah solat Dhuha

Walau bagaimanapun, perjumpaan tersebut dimulakan dengan solat sunat Dhuha, solat Hajat dan sedikit penyampaian ringkas daripada Dr Zul kepada para petugas di kementerian tersebut.

Majlis Tausiah 'Am Agensi-Agensi Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.

Posted by Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri on Wednesday, March 11, 2020

Solat sunat sebelum masuk mesyuarat

Majlis yang dinamakan Majlis Tausiah ini dilakukan secara langsung di Facebook rasmi beliau dengan dihadiri agensi-agensi di bawah Kementerian Hal Ehwal  Agama Islam.

Seusai majlis tersebut, Dr Zulkifli telah pun memulakan tugas dengan memasuki pejabat dan menunaikan solat sunat terdahulu serta memulakan mesyuarat dengan kakitangannya.

Selamat bertugas

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet mulai meninggalkan komen diruangan Facebook sumber dengan mendoakan agar bekas mufti itu dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya.

Mereka juga berharap agar Menteri Agama baharu ini mendapat kekuatan rohani dan jasmani dalam menyelesaikan isu-isu agama di negara Malaysia.

 

Sumber : Dr Zulkifli AlBakri

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

Be the first to comment on "Hari pertama masuk kerja, Menteri Agama panggil semua staf solat sunat sama-sama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*