Lama berdiam diri, akhirnya Shaheizy Sam tampil beri respon isu TMJ dengan Syatilla, ini reaksi Sam yang mengejutkan!

KUALA LUMPUR: Pelakon, Syatilla Melvin, 29, berat hati men1ngg4lkan dua cahaya mata, Sheriv Samheizy, 3, dan Sarima Samheizy, 2, yang masih kecil untuk keluar bekerja. Jadi, isteri kepada pelakon, Shaheizy Sam itu menangguhkan hasrat kembali ke dunia lakonan, selepas kali terakhir membintangi sebuah drama ketika ham1il anak kedua.

Pelakon yang mencipta populariti menerusi drama Sha & Shah dan Kerna Syurga Bukan Percuma itu berkata, dia juga menceburi perniagaan kosmetik diusahakan bersama adik-beradik. Jadi, waktu cukup terbatas buatnya, apatah lagi kembali ke dunia lakonan seperti dahulu.

Belum cukup setahun bergelar usahawan kosmetik, Syatilla berkata, dia gembira dengan pulangan yang diperoleh hasil perniagaan. “Saya belum ada niat kembali berlakon. Apatah lagi, saya sibuk menguruskan perniagaan bersama kakak dan adik. “Saya tak sangka, sambutan diterima untuk produk sangat menggalakkan dalam tempoh 10 bulan berniaga. Ketika pelancaran pertama, saya sudah mendapat pulangan modal.

“Saya bermula dengan lipmatte dan kini, rangkaian produk diperluaskan kepada pemerah pipi. Idea memilih perniagaan produk kosmetik hasil perbincangan kami adik beradik,” katanya. Pelakon kelahiran Parit Buntar, Perak itu berkata, dia bertuah kerana memiliki platform media sosial yang memudahkan mempromosi produk, apatah lagi sudah tidak berlakon. “Jadi, kewujudan platform media sosial membantu perniagaan kami. “Bagaimanapun, saya tak menafikan, impak produk akan lebih meluas sekiranya saya masih aktif berlakon.

“Namun, apakan daya, tanggungjawab semakin bertambah dan keinginan kembali berlakon tidak begitu kuat sejak bergelar isteri dan ibu. Tak mengapalah, kami adik beradik mempunyai platform sendiri, jadi kena yakin dengan kuasa media sosial boleh membantu,” katanya.

Memang dia suka gurau k4sar – Shaheizy Sam

Pelakon, Shaheizy Sam mengakui, tingkah laku isterinya yang kasar sering menimbulkan perasan kurang senang segelintir pihak, malah ada yang beranggapan Syatilla Melvin seperti tidak menghormatinya sebagai suami.

Sam atau nama penuhnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 37, berkata ia hanya pandangan individu yang tidak mengenali perwatakan sebenar isterinya, sedangkan mereka saling menghormati antara satu sama lain.

“Mungkin mereka kurang senang dengan karakter Syatilla yang agak gila-gila dan kasar, sedangkan itu adalah karakter sebenarnya. Bukan hanya Syatilla, adik-beradiknya yang lain juga mempunyai perwatakan sama.

“Pada awal pernikahan kami, saya agak terkejut melihat cara gurauan keluarganya yang agak kasar. Tetapi, itu sebenarnya yang membuatkan mereka istimewa. Lama-kelamaan, saya mula faham dan perkara itu tidak pernah menjadi isu antara kami.

“Saya juga selalu bergurau kasar dengan Syatilla. Memang ada ketika, caranya lebih kasar, tetapi dia tetap hormat saya sebagai suami. Saya tidak terasa hati kerana sudah mengenalinya luar dan dalam,” katanya. Sebelum ini, beberapa rakaman video Syatilla yang dimuat naik di Instagram sering menjadi bualan warganet kerana dianggap terlalu kasar, biarpun ketika bergurau dengan suaminya.

Caranya itu mengundang perasaan kurang senang segelintir pihak, malah ada yang menganggap dia tidak menghormati Sam sebagai suami. Meskipun terbuka dengan sikap isterinya, Sam berkata, dia pasti menegur Syatilla jika tingkah lakunya itu tidak manis pada pandangan mata orang luar.

“Mestilah saya tegur jika caranya tidak kena dengan keadaan. Tetapi, tidak selalu kerana Syatilla tahu menjaga batasan sebagai isteri. Dia tahu dan menghormati kedudukan saya sebagai ketua rumah tangga. “Saya pula menganggapnya sebagai pelawak yang sedang membuat persembahan di pentas. Dia begitu spontan apabila berbicara dan pandai menyvntik elemen lucu.

“Cuma, biasalah manusia, penilaian kita tidak sama. Itu cara Syatilla menunjukkan kemesraan dengan mereka yang rapat. Tetapi, tidak pada orang luar yang mungkin menganggap, caranya itu kurang sopan,” katanya.

Sebelum ini social media agak kecoh apabila Kakak kepada Syifa iaitu pelakon Syatilla Melvin mula bersuara mengenai isu Syafawi dan tampil mempertahankan adiknya. Dia dilihat seakan membalas semula kenyataan TMJ penuh sindiran dan berkata dia sendiri tidak pernah “meroyan” di media sosial.

 

Sumber: kisah kita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Lama berdiam diri, akhirnya Shaheizy Sam tampil beri respon isu TMJ dengan Syatilla, ini reaksi Sam yang mengejutkan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*