Tidak hadir tanpa sebarang al4san, makham4h keluarkan w4ran t4ngkap untuk Nur Sajat!

SHAH ALAM: M4hkamah M4jistret Shah Alam, semalam, mengeluarkan w4ran t4ngkap terhadap usahawan kosmetik kontr0versi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat kerana tidak hadir tanpa sebarang alasan bagi pend4kwaan kes di m4hkamah.

Dia dituduh memiliki untuk tujuan jualan 11 produk yang bukan keluaran berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut Peraturan 7(1)(a) D@dah dan Kosmetik 1984.

Jika s4bit kes4lahan boleh dihukvm iaitu d3nda tidak melebihi RM 25,000 atau tiga tahun p3njara atau kedua-duanya sekali.

Sumber berkata, mal4ngnya Nur Sajat tidak hadir semasa pengurusan kes berkenaan pagi semalam.

“Waran t4ngkap itu dikeluarkan terhadap Nur Sajat kerana tidak hadir tanpa sebarang alasan bagi pendakwaan kes di mahkamah.

“Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Nor Aini Suzila Zakariah dari Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor,” katanya kepada Harian Metro.

Difahamkan pihak CPF sebelum ini melakukan pemeriksaan di premis milik ahli perniagaan itu di Shah Alam, Selangor pada 15 Ogos lalu.

Pihak CPF turut bertindak mengambil keterangan dari beberapa pekerja di premis itu termasuk Nur Sajat selaku pengarah syarikat berkenaan.

Pemeriksaan dilakukan pegawai CPF di premis itu kemudian menemui produk disyaki bukan keluaran berdaftar dengan KKM sebelum tindakan rampasan dilakukan.

Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat diperiksa itu adalah berdaftar dan semua produk dirampas adalah milik Nur Sajat untuk tujuan jualan.

Berdasar keterangan diambil, syarikat itu jelas mel4nggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Nur Sajat sebelum ini pernah dihadapkan di m4hkamah sama pada 14 Disember 2018 atas pertuduhan mengikut Seksyen 41 (6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Malah Sajat pernah didakwa kerana memiliki 19 produk kecantikan tidak berdaftar dengan KKM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 12 Mei 2019.

Ia susulan tindakan KKM melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Bandar Baru Uda sebelum mer4mpas 19 produk kecantikan tidak berdaftar bernilai hampir RM10,000. – HARIAN METRO

 

Sumber: BH Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

Be the first to comment on "Tidak hadir tanpa sebarang al4san, makham4h keluarkan w4ran t4ngkap untuk Nur Sajat!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*