Adik Naura berada di konti Hot FM petah bercakap & manja buat ramai terhibur

Nampaknya, mini Neelofa yang mesra disapa adik Naura semakin menjadi perhatian ramai dan gara-gara kemunculannya di siaran radio Hot FM pagi tadi juga mendapat perhatian peminatnya dan pengguna media sosial setelah ia dikongsikan menerusi laman Instagram.

Dikenali sebagai mini Neelofa atau nama sebenarnya Che Naura Auni Che Fadhlullah ini selepas tular di media sosial, ramai makin suka mengikuti perkembangannya apatah lagi, kecomelan kanak-kanak berusia enam tahun ini juga tidak perlu dinafikan lagi.

Seiras dengan Neelofa, adik Naura jadi perhatian ramai

Sangat seiras terutama bahagian wajahnya dimana adik Naura juga memiliki tahi lalat kecil dan ia dikatakan sebijik seperti selebriti dan usahawan terkenal itu sehinggakan ramai akui mereka benar-benar sama.

Perkara itu sekaligus membuatkan rata-rata lebih suka memanggilnya sebagai mini Neelofa. Walau bagaimanapun, kemunculan adik Naura di Hot FM turut mencuit hati netizen.

Ini kerana, pada mulanya adik Naura dilihat malu ketika bersama-sama penyampai radio Hot FM iaitu Shuk Sahar, Fizie Ali dan Shuib Sepahtu namun setelah itu, ramai dapat menyaksikan adik Naura seorang yang petah bercakap selain juga bersikap manja dengan Shuk.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on

Adik Naura bagaimanapun turut berkongsikan bahawa cita-citanya juga ingin menjadi seperti Neelofa yang mana selebriti jelita itu juga merupakan salah seorang wanita berjaya dalam kerjayanya sebagai selebriti dan usahawan.

Pun begitu, rata-rata netizen berkesempatan untuk meninggalkan pelbagai reaksi terhibur melihat gelagat comel adik Naura.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Manja la Naura ni! Mula mula je malu sikit 😘 @nauraboniey @shuk_hotfm @shuibsepahtu @fizie_hotfm

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on

Reaksi ramai

 

Sumber: Instagram Hot FM via HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

Be the first to comment on "Adik Naura berada di konti Hot FM petah bercakap & manja buat ramai terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*