Hanya kerana kongsi kaedah cuci tangan dengan cara yang betul, jururawat ini telah dikenakan tindak4n?

Kami dapat tahu bahawa terdapat seorang jururawat telah dikenakan tindakan oleh pihak atasan untuk memberi sebab mengapa beliau merakamkan kaedah cucian tangan dengan betul melalui media sosial. Rasional tindakan hanya berdasarkan atas faktor beliau sedang memakai pakaian seragam jururawat.

Mengapa seorang jururawat berpakaian seragam cuba memberi pendidikan kesihatan pembasuhan tangan dengan betul dikenakan tindakan oleh pihak atasan?

Adakah beliau cuba mempromosikan produk atau mengiklankan dirinya untuk kepentingan diri?

Adakah beliau menunjukkan kaedah yang salah dalam menyebarkan pendidikan kesihatan yang berguna kepada masyarakat memandangkan penularan wabak COVID-19?

Hal ini sungguh mengecewakan! Kita sebagai jururawat seharusnya tahu bahawa tugas hakiki seorang jururawat bukan hanya terikat di wad dan klinik semata-mata.

Setiap kali diberi peluang, seorang jururawat yang berfikiran kritis akan cuba ambil kesempatan untuk mendidik masyarakat tentang maklumat kesihatan yang betul.

Adalah dinyatakan bahawa jururawat seharusnya senantiasa mendidik masyarakat tidak kira masa, tempat atau individu, seperti yang disarankan International Council of Nurses sempena Hari Jururawat 2020, A Voice To Lead : Nursing the World to Health.

Kami dapat tahu bahawa terdapat seorang jururawat memberi penjelasan kepada pihak atasan mengapa beliau merakamkan…

Posted by Delegation of Nurses on Sunday, March 15, 2020

Golongan atasan yang tak celik!

Pihak atasan yang cuba mengekang jasa dan usaha baik jururawat menyebarkan ilmu melalui media sosial adalah kami kira sebagai jahil, cetek dan tidak memahami akan apa itu kejururawatan, semangat dan nilai kejururawatan sebenar.

Pada mereka, jururawat itu mempunyai tanggungjawab hanya di penempatan klinikal semata-mata, dan tidak seharusnya melaksanakan pendidikan kesihatan berterusan kepada masyarakat tanpa mengira masa dan ketika.

Apakah pada masa akan datang, jururawat tidak lagi boleh melaksanakan kempen kesihatan diluar hospital? Apakah jururawat kini tidak lagi boleh memberi pendidikan kesihatan secara bebas?

Mohon ambil perhatian terhadap isu ini. Jangan kita bersikap inferior terhadap karier sendiri sehinggakan usaha individu untuk mempromosikan kesihatan awam dan kejururawatan kepada masyarakat.

Dah penat dengan golongan atasan yang tak celik!

Delegasi Jururawat Malaysia

Educate – Promote – Protect

Buat masa sekarang post tersebut telah mencecah 1.3k likes and 506 share untuk selama 45 minit.

VIDEO

 

Sumber : Delegation of Nurses

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Hanya kerana kongsi kaedah cuci tangan dengan cara yang betul, jururawat ini telah dikenakan tindak4n?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*