Ini penjelasan padu Dr Maza apabila ramai persoal kenapa tutup masjid sahaja tapi kelab malam tidak

Dengan penvlaran wab4k covi1d yang makin membimbangkan, banyak Masjid-masjid telah ditutup buat sementara waktu untuk tujuan pembersihan. Bukan sahaj di Malaysia, singapura dan Indonesia turut mengambil langkah yang sama.

Namun begitu ada yang mempersoalkan kenapa hanya Masjid di arahkan tutup tapi tidak tempat-tempat lain seperti Kelab-kelab hiburan. Berikut penjelasan Dr Asri

Tidak Cukup Pandai..

Ada orang berkata: “Kalau aktiviti di masjid semua nak ditangguhkan sebab COV1ID 19, kenapa kelab malam dan pusat hiburan Mufti tidak beri arahan tangguh?”

Saya bertanya: “Sebagai muslim, apakah saudara pengunjung kelab malam sehingga perlukan arahan supaya jangan kunjung pada masa ini? Apakah jika tiada virus maka saudara pengunjung tegar kelab malam? Apakah saudara mahu dikeluarkan arahan ‘jangan kunjung kelab malam pada masa ini? Ertinya, selepas ini boleh?

Dangkal…

Kelab malam dan pusat hiburan ada bidang kuasa pihak yang lain. Di Perlis alhamdulillah tiada kelab malam.

Adapun, hukum datang ke masjid itu antara wajib dan sunat. Umat Islam mengunjungi masjid atas titah perintah agama. Jika mahu menahan kehadiran mereka ke masjid atas menjaga kemaslahatan dan pencegahan kemafsadatan (kebin4saan) memerlukan alasan dan penjelasan agama. Oleh kerana itu, pihak berkuasa agama perlu bersidang dan merumuskan pandangan hukum.

Tempat-tempat lain semuanya telah Pihak Kerajaan arahkan menangguh segala perhimpunan sehingga hujung Bulan April. Maka wajib taat kepada pemerintah dalam hal seperti itu.

Adapun pentadbiran institusi agama di bawah pihak berkuasa agama setiap negeri. Bagi tujuan memelihara keselamatan Umat Islam, hampir seluruh dunia telah mengeluarkan fatwa menghentikan Solat Jemaah dan Solat Jumaat. Anda mungkin ketinggalan pengetahuan.

Kita mungkin jujur memberikan pendapat tapi kena berfikir dahulu sebelum mengeluarkan pandangan. Kita mungkin ingin menzahirkan kepandaian tapi jangan sampai kelihatan sangat ‘tidak pandai’…

Rata-rata warganet bersetuju dengan penjelasan Dr Asri

Sebelum ini MASJID-MASJID di Perlis antara yang terawal ditutup pada waktu solat Jumaat bagi mengambil langkah berjaga-jaga daripada peny3baran COV1ID-19.

Tinjauan NSTP di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Masjid Alwi di Kangar mendapati pengurusan masjid sudah mula mengumumkan penutupan masjid dan pemb4talan solat Jumaat dengan digantikan solat Zohor di rumah melalui pembesar suara masjid.

Malah pihak pengurusan turut menutupi pagar masjid serta menggantung notis pemberitahuan berhubung penutupan dan pembatalan solat Jumaat, hari ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan, berkata, penutupan itu dibuat selaras dengan titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang di-Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Perlis (MAIPs).

Beliau berkata, 103 masjid dan enam pusat yang menerima pentaulihan JAIPs untuk mendirikan solat Jumaat ditutup bagi mengelakkan kekeliruan kepada jemaah dan pihaknya turut menggantung salinan warkah Raja Muda Perlis mengenai pembatalan solat Jumaat.

“Azan akan dikumandangkan seperti biasa di setiap masjid oleh bilal yang bertugas pada waktu Zohor nanti namun solat Zohor dilaksanakan di rumah masing-masing.

“Masjid akan dibuka semula pada waktu Asar hari ini serta untuk solat-solat seterusnya, selain itu kuliah-kuliah pengajian agama juga berjalan seperti biasa,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Hazman berkata, beliau turut meminta agar Jamaah Tabligh di masjid dan surau seluruh Perlis menghentikan serta merta sebarang aktiviti berskala besar atau sebarang himpunan.

Sementara itu, Imam 3 Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Mohamad Noor Hisham Rusli berkata, pihaknya akur dengan arahan penutvpan berkenaan.

“Ini bagi memastikan keselamatan anak jemaah selain akur dengan perintah Raja Perlis selaku Ketua Agama negeri,” katanya.

 

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Ini penjelasan padu Dr Maza apabila ramai persoal kenapa tutup masjid sahaja tapi kelab malam tidak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*