Perdana Menteri umum kawalan pergerakan 14 hari, pusat hiburan juga diarah tutup!

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi tampil dalam perutusan khas mengenai C0vid-19. Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan perintah kawalan pergerakan yang berkuatkuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac depan bagi menangani C0vid-19.

” Perintah kawalan pergerakan ini adalah bertujuan untuk memastikan penularan C0vid-19 dapat dibendung sepenuhnya dan aktiviti harian dapat diteruskan semula seperti biasa.

” Sepanjang tempoh ini, jentera dan perkhidmatan kerajaan akan terus berfungsi seperti biasa,” kata MKN pada suatu kenyataan malam ini.

Perintah mengawal pergerakan ini, kata MKN diambil kerajaan berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344) dan “tertakhluk kepada perkembangan semasa bagi semua warga negara dan bukan warga negara yang berada di Malaysia.”

Perintah kawalan pergerakan itu adalah seperti berikut:

1) Melaksanakan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai dalam semua keadaan dan tempat di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya

2) Melaksanakan sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negarea dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan dikuarantin di rumah selama 14 hari.

3) Melaksanakan sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

4) Melanjutkan tempoh cuti persekolahan ke atas semua sekolah di seluruh negara sehingga 31 Mac 2020.

5) Menangguhkan sesi pengajian di semua institusi pendidikan tinggi (awam dan swasta) di seluruh negara. Walau bagaimanapun IPT boleh melaksanakan sesi pengajian secara atas talian.

6) Menggalakkan kerja dari rumah bagi semua pejabat kerajaan dan swasta kecuali perkhidmatan-perkhidmatan penting seperti kesihatan, farmasi, keselamatan, perkhidmatan utiliti (air, tenaga dan komunikasi), pengangkutan, perbankan/ kewangan dan peruncitan/ bekalan makanan.

8) Premis tumpuan ramai seperti rumah ibadat, panggung wayang dan pusat-pusat hiburan ditutup dan melaksanakan proses sanitasi dalam tempoh tersebut.

9) Kemudahan pengangkutan awam termasuk hab pengangkutan akan terus beroperasi. Semua operator digesa melaksanakan proses sanitasi di fasiliti dan kenderaan masing-masing.

Perintah kawalan pergerakan ini diputuskan susulan mesyuarat MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin malam ini.

Kerajaan juga, kata MKN akan terus memperkukuhkan langkah kawalan yang telah dilaksanakan.

” Meneruskan kempen kesedaran kebersihan bagi menceg4h penul4ran C0vid-19 di semua platform media.

” Mewartakan Institut Latihan Awam (ILA) yang telah dikenal pasti sebagai stesen kuar4ntin di bawah Akta 342 untuk digunakan apabila terdapat keperluan,” kata MKN lagi.

Selain itu, MKN mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan “berita p4lsu dan melanggar perintah kawalan pergerakan di bawah akta-akta berkaitan.”

MKN memutuskan perintah kawalan pergerakan tersebut susulan peningkatan mendadak jangkitan C0vid-19 di Malaysia. Kementerian Kesihatan merekodkan 553 kes hari ini.

Setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang menjadi korban C0vid-19 yang telah mer4gut 6,650 ny4wa di seluruh dunia.

 

 

Kredit : maIaysiakini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Perdana Menteri umum kawalan pergerakan 14 hari, pusat hiburan juga diarah tutup!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*