Ramai rancang mahu balik kampung selepas perintah kawalan pergerakan, ini nasihat pakar!

Tidak, jawapannya ialah tidak. Kekal di mana anda berada.”

Itu penjelasan pakar kawalan peny4kit berj4ngkit, Prof Dr Adeeba Kamarulzaman, berkata orang ramai sepatutnya tidak ke mana-mana sepanjang tempoh tersebut.

Menurutnya tindakan balik kampung atau bercuti dalam negeri untuk tempoh dua minggu ke depan hanya akan mengg4galkan langkah kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi memb3ndung penularan C0vid-19

“Tujuan utama arahan yang dikeluarkan ini ialah mengehadkan sebarang pergerakan, meminumumkan kontak dalam kalangan orang ramai yang boleh menyeb4rkan virvs,” katanya melalui ciapan di Twitter malam tadi.

Adeeba yang juga dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya berbuat demikian sebagai langkah menjelaskan apa yang beliau nyatakan kepada stesen Astro Awani semasa ditanya sama ada wajar untuk orang ramai balik kampung semasa tempoh Perintah Larangan Pergerakan berkuat kuasa.

Peraturan itu akan dilaksanakan mulai esok sehingga 31 Mac. Ia turut membabitkan penutupan sekolah serta pusat pengajian tinggi kerajaan dan swasta.

Premis yang tidak kritikal juga akan ditutup. Tindakan itu menyebabkan ramai orang tidak boleh bekerja, manakala pelajar pula tidak perlu ke sekolah.

Sementara itu, seorang bekas pegawai perubatan, Dr Amar Singh HSS, berkata pelaksanaan Perintah L4rangan Pergerakan tidak sepatutnya dimanfaatkan sebagai waktu untuk bercuti.

Selain itu, katanya, orang ramai juga tidak perlu membuat pembelian p4nik kerana ia hanya akan meningkatkan risiko untuk mereka dij4ngkiti peny4kit C0vid-19.

“Ini berb4haya. Ia membantu penyeb4ran kor0navirvs. Hentikan pembelian p4nik,” katanya melalui Tiwtter.

Pengumuman PM diterima baik bekas menteri

Malam tadi, langkah kawalan pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi menangani C0vid-19 bukan perintah berkurung tetapi satu bentuk menjarakkan hubungan sosi4l yang bertujuan bertujuan menurunkan jumlah kes dengan ‘merendahkan lengkung (j4ngkitan) wab4k’.

Mengulas perkara terbabit, bekas menteri Kesihatan iaitu Dr Dzulkefly Ahmad menerima baik pengumuman yang dibuat perdana menteri.

“Ini bukan perintah berkurvng. Apabila perintah berkurvng kamu tidak boleh keluar rumah, kamu tidak boleh keluar untuk membeli makanan,” katanya.

“Ungkapan yang paling baik adalah elak aktiviti sosi4l. Benar ia gangguan tetapi matlamat akhirnya untuk merendahkan lengkung epid3mik,” katanya.

Istilah merendahkan lengkung epidemik merujuk kepada tindakan mengurangkan dan memperlahan penularan sesuatu wab4k.

Muhyiddin juga mengumumkan mulai hari Rabu 18 Mac sehingga 31 Mac, kerajaan akan membataskan pergerakan awam dalam usaha memb3ndung penyeb4ran C0vid-19. Ini termasuk penutupan sekolah, IPT dan premis swasta.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan-perkhidmatan penting serta pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka akan tetap dibuka kepada orang ramai.

Muhyiddin dalam ucapannya, berkata banyak negara telah mengambil langkah drastik memb3ndung C0vid-19, seperti China yang menunjukkan penurunan dalam penyeb4ran virvs itu.

Walau bagaimanapun, Dzulkefly berkata m4langnya perintah kawalan pergerakan ini dibuat tanpa mendapat nasihat yang wajar, memandangkan langkah-langkah yang diambil itu tidak sebagaimana perintah berkurung di China atau Itali.

“Jadi, sebagai pengerusi pasukan petugas khas C0vid-19 di Selangor, saya setuju atas semua usaha ini. Ia selaras dengan usaha mengelakkan aktiviti sosi4l,” katanya.

Terdahulu hari ini, Dzulkefly mencadangkan langkah ketat mengelakkan aktiviti sosi4l, termasuk menggesa orang ramai supaya tidak keluar rumah dengan pengecualian kerja-kerja perkhidmatan penting atau perjalanan ke pusat perubatan.

 

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Ramai rancang mahu balik kampung selepas perintah kawalan pergerakan, ini nasihat pakar!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*