Seluruh keluarga ini diuji positif, akhirnya disahkan bebas C0VID19!

Sebelum ini tular video TikTok tujuh sekeluarga yang dij4ngkiti COVID19 di Ipoh, Perak. dalam kedukaan berdepan saat getir apabila mereka sekeluarga disahkan positif Covid-19, terlihat sedikit sinar positif menerusi video TikTok yang dihasilkan.

Video melibatkan anak-anak kepada Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Teluk Intan (HTI) Perak, Dr Samsu Ambia Ismail itu pantas menjadi tular dan menarik perhatian ramai.

Menurut Dr Samsu, dia bersama isteri, Mazrieni Mahd Zaki, 39, dan lima anak iaitu Erika Syamim (18), Elisya Syamim (15), Edrieba Syamim (13), Eryna Syamim (11) dan Eiman Syamim (8) disahkan positif Covid-19 dan telah ditempatkan bersama dalam sebuah wad di HTI.

Akibat dari penularan video tersebut ramai rakyat Malaysia yang mendoakan agar mereka sekeluarga segera sembuh dan bebas COVID19.

Sebentar tadi melalui perkongsian yang dibuat oleh salah seorang anak mereka di Twitter, mereka sekeluarga sudah dibenarkan keluar dari hospital dan Alhamdulillah telah disahkan bebas dari virus tersebut.

Finally covid free!!

Perkongsian yang dibuat mendapat pelbagai reaksi yang rata-rata mengucapkan syukur dan turut meluahkan rasa gembira bagi keluarga berkenaan.

Alhamdullilahh..Stayy Safee and takee caree erikaaa and familyy

Alhamdulillah..take care ye dik.nk jugak bgtau akak suka sgt tiktok awk tu..cute

Oh ni yg viral adik beradik buat tiktok tu eh…alhamdulillah korang dah sembuh

Congrats to you and your family, love! May you be bless always

Terdahulu Dr. Samsu turut berkongsi pengalaman ketika beliau diser4ng sesak nafas dah akhirnya disahkan positif COVID19.

“Ada satu malam tu rasa macam dah nak hil4ng nyawa. Ingatkan kena ser4ngan jantung.

“Bila disahkan positif pada 22 Mac lalu, saya risau anak-anak dan isteri. Sebab tak ada orang nak jaga. Takdir tuhan, semua positif Covid-19.

“Memang s4kit Covid-19 ni, deria rasa, deria bau hilang. Loya, cirit-birit. Bila kena, baru tahu bagaimana yang pes4kit rasa. Tak boleh nak digambarkan,” ujarnya lagi.

Alhamdulillah sekarang mereka sekeluarga sudah sihat. Kami doakan agar lebih ramai lagi pes4kit yang akan sembuh dan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

 

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Seluruh keluarga ini diuji positif, akhirnya disahkan bebas C0VID19!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*