“Tukang gali akui pusara paling cantik, terasa sejuk lantainya seolah dari batu marmar” luahan suami ustazah Shadiya

“ALHAMDULILLAH, jenazah isteri saya negatif Covid-19,” demikian kata Mohd Khairul Azman Md Daud, suami kepada pendakwah terkenal, Allahyarhamah Shadiya Abbas.

Mengesahkan perkara itu menerusi satu posting di Facebook pada Isnin, Mohd Khairul berkata keputusan berkenaan dimaklumkan selepas pihak hospital melakukan dua kali ujian terhadap jenazah isterinya.

Menurut Mohd Khairul, jenazah isterinya akan dibawa pulang ke Masjid Puncak Alam, Selangor untuk urusan pengebumian yang hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

“Insya-Allah jenazah akan dibawa balik ke Masjid Puncak Alam untuk dimandikan, dikafankan dan disolatkan selepas solat Zohor. Disemadikan di Tanah Perkuburan Felda Bukit Cherakah Puncak Alam.

“Maaf jika saya katakan tuan/puan tak perlu hadir. Hanya doa yang kami pinta agar arwah diampunkan segala dosanya dan ditempatkan bersama para solihin.

“Pihak polis hanya membenarkan keluarga terdekat saja untuk uruskan jenazah. Digalakkan buat solat jenazah ghaib. Ampun maaf,” tulisnya lagi.

Allahyarhamah Shadiya, 40, m3ninggal dunia pada jam 5.05 pagi Ahad di Hospital Sungai Buloh akibat ses4k nafas.

Terdahulu pada Ahad, Mohd Khairul berkata jenazah isterinya masih belum boleh dibawa pulang kerana pihak hospital perlu membuat ujian pengesanan wabak Covid-19.

 

Image may contain: one or more people and outdoor

Luahan suami menemani perjalanan akhir bidadarinya

PERJALANAN TERAKHIR

====================

Alhamdulillah.. Selesailah sudah urusan pengkebumian jenazah buah hati dan bidadari saya petang tadi jam 4.00petang di Tanah Perkuburan Puncak Alam. Segalanya dipermudahkan Allah..

💕 Urusan mandikan jenazah mu sayang dilakukan oleh ibumu, adik beradik perempuanmu, anak² lelakimu dan anak muridmu yang menawarkan diri untuk berkhidmat untukmu sayang. Abang ambil peluang ini untuk memandikanmu buat kali terakhir. Masih ingat lagi 2 hari sebelum sayang meninggalkan abg, sayang mandikan abg.

💞 Sayang.. Abg imamkan solat untukmu. Sebelum ni sayang berada di belakang sebagai makmum, tapi kali ini sayang di depan abg. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jenazah.

💞 Sayang.. Sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah kubur yang indah dan liang lahad yang cantik. Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkan mu dalam liang lahad, dalam hati abg menyebut, cantik sungguh liang lahad ini. Abg bersembang dengan penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah, mereka akui kubur itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kubur kalau pakai kasut bot pun terasa sejuk, seolah² lantainya dari mar mar.. Kata mereka, bakal kubur siapakah ini. Ternyata sayang adalah pemiliknya. Semoga saya berada dalam rahmat Allah.

💞Sayang..damailah engkau di sana, abg redha dengan pemergiaanmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat. Insyaallah kita bertemu nanti di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga.

💞 Terima kasih kepada semua yang membantu urusan jenazah, bantu sediakan makanan, memberi sumbangan, berkongsi perasaan dan mendoakan arwah bidadari saya, jika ada dosanya, mohon ampunkan. Jika ada hutang arwah pada kalian, maklumkan pada saya.

💞Jom kita sama² baca doa ini

اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها

Dalam pada itu, anak sulung pasangan berkenaan, Ahmad Al Fateh turut menulis coretan di Facebook meluahkan rasa sedih atas pemergian ibunya.

“Mama, tahun lepas raya 2019 tapi raya tahun ni (2020) dah tak ada peluang untuk mama suapkan saya. Mama masak sedap-sedap.

“Mama la mama yang paling terbaik. Tak sempat saya nak peluk mama, salam mama, cium pipi mama. Ya Allah… 5/4/2020 mama dah tinggalkan family kita,” tulisnya.

Remaja berusia 16 tahun itu juga berkongsi betapa arwah ibunya sentiasa sentiasa mendoakannya agar menjadi seorang penghafaz Al-Quran.

“Terima kasih mama sebab jadi mama saya. Mama dah buat macam-macam yang saya nak. Saya doakan mama agar mama diampunkan dosa, dan saya doakan agar dimasukkan ke syurga firdaus. Assalamualaikum mama. Insya-Allah kita akan bertemu di syurga. Tunggu saya tau ma?,” tulisnya pada posting berkenaan.

Image may contain: 5 people, people sitting

PERJALANAN TERAKHIR====================Alhamdulillah.. Selesailah sudah urusan pengkebumian jenazah buah hati dan…

Posted by MK Azman on Monday, April 6, 2020

 

Sumber: Mstar | MK Azman 

Kredit: coretan ummie

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

1 Comment on "“Tukang gali akui pusara paling cantik, terasa sejuk lantainya seolah dari batu marmar” luahan suami ustazah Shadiya"

  1. Ja'affar hashim | April 7, 2020 at 6:11 am | Reply

    Perginya seorg hamba Allah yg Allah redha dengannya..banyak petanda baik yg Allah tunjukkan.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*