Ingk4r PKP kerana lapar, remaja ini tak mampu bayar ikat jamin akhirnya dibebaskan

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Itu ungkapan diberikan apabila seorang pelajar tingkatan enam itu antara 17 tahanan di bawah kes4lahan mel4nggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Penj4ra Marang.

”Nasib saya tidak baik, keluar rumah hanya untuk membeli mee segera sebelum dit4ngkap dan dit4han reman di penj4ra ini,” kata Man, 18, dari Kelantan ketika ditemui Harian Metro di Penj4ra Marang, semalam.

Man berkata, sepanjang PKP berkuat kuasa dia hanya berkurung di rumah dan bermain permainan video tetapi terpaksa keluar ke kedai pada waktu malam kerana lapar.

”Saya bersama sepupu menaiki motosikal ke kedai runcit lebih kurang satu kilometer dari rumah untuk membeli mee segera.

”Sebaik sampai ke kedai, pihak berkuasa datang membuat pemeriksaan seterusnya menangkap saya dan sepupu di bawah kes4lahan ingkar kepada arahan PKP.

”Kami dit4han reman sebelum dibicarakan dan m4langnya tidak tahu bila tarikh perbicaraan itu kerana sekarang PKP sedang berkuat kuasa,” katanya.

Bapa sudah tiada, tak mampu bayar ikat jamin

Dia berkata, dia ditahan di Penj4ra Marang kerana masih di bawah umur manakala sepupunya yang berusia 24 tahun kini berada di Pusat Pemulihan Akhl4k (PPA) Machang, Kelantan.

”Jika diikutkan saya boleh dijamin dengan nilai jaminan RM800 tetapi keluarga tidak mampu menyediakan wang jaminan itu.

”Saya sudah kem4tian bapa menyebabkan ibu terpaksa menjual nasi bajet untuk menyara keluarga seterusnya tidak mempunyai cukup wang untuk membayar wang jaminan.

”Sesal sekarang pun tiada guna kerana perkara sudah berlaku tetapi saya mengingatkan kepada orang ramai terutama remaja supaya tidak melakukan kesalahan sama,” katanya.

Menurutnya, dia tidak pernah membayangkan akan ditahan dan memasuki penj4ra seperti itu dan serik dengan perbuatannya itu.

”Saya bukan budak nakal dan tidak pernah melakukan jen4yah, oleh itu berasa sangat tert3kan apabila dit4han seperti ini.

”Memang salah saya kerana keluar pada waktu malam seterusnya mel4nggar arahan PKP oleh tidak meny4lahkan pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Penj4ra Marang, Penolong Kanan Komisioner Wan Sani Ab Latiff berkata, sehingga 29 Mac lalu, jumlah tahanan PKP ialah seramai 17 orang.

”Daripada jumlah itu, 14 sudah dijatuhi hukum4n manakala tiga lagi dit4han reman,” katanya.

Menurutnya, dia berharap orang ramai patuh kepada arahan PKP yang dikeluarkan untuk kebaikan semua seterusnya memutuskan rantaian COV1lD-I9 di negara ini.

Remaja ingk4r PKP, bebas reman

“TUJUH hari di reman di Penjara Marang sudah cukup menginsafkan saya,” kata Hamiza Ahmad Rosli, 18, dari Kelantan selepas dibebaskan daripada reman di P3njara Marang hari ini.

Pelajar tingkatan enam itu sebelum ini ditahan reman kerana mengingkari perintah kawalan pergerakan (PKP) selepas keluar ke kedai untuk membeli mi segera kira-kira 9 malam pada 30 Mac lalu.

Bagaimanapun, kerana masih di bawah umur selain keluarga tidak berkemampuan untuk membayar wang jaminan sebanyak RM800, remaja itu ditahan reman dan dihantar ke P3njara Marang sementara menunggu kes perbicaraannya.

Hamiza berkata, dia terpaksa meringkuk di penjara sehingga tarikh perbicaraan iaitu pada 18 Mei depan sekiranya tiada siapa yang menjaminnya.

“Saya berterima kasih kepada Harian Metro kerana melaporkan kisah saya seterusnya mendorong beberapa individu yang pemurah untuk membantu keluarga bagi membebaskan saya.

“Berasa sangat seksa berada di penjara, tujuh hari itu sudah cukup untuk memberi pengajaran kepada saya supaya menghargai kebebasan yang dikecapi selama ini.

“Saya tidak mahu lagi keluar rumah sepanjang PKP ini, lebih baik berkurung di rumah daripada dikurung di penjara,” katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu.

Neneknya, Kalsom Besar, 75, dari Kampung Bukit Lanjut, Jeli berkata, dia tidak putus mendoakan kebebasan cucunya itu sepanjang cucunya dit4han di Penjara Marang.

“Hamiza seorang anak dan cucu yang baik dan bukan daripada kalangan remaja n4kal oleh itu saya seperti tidak percaya dia dit4han polis dan berada di p3njara.

“Kami tidak berkemampuan untuk menyediakan wang jaminan dan hanya mampu berdoa supaya Allah memberi kemudahan.

“Alhamdulillah, doa dan rayuan saya pada setiap malam didengari Allah sebelum menghantar pertolongan melalui Harian Metro dan beberapa individu yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Hamiza,” katanya.

Sementara itu, Wan Nor Farhan Liyana Wan Baharuddin, 27, berkata, dia mewakili beberapa rakannya dari Kuala Lumpur untuk menguruskan wang jaminan dan pembebasan Hamiza daripada reman di Penjara Marang itu.

“Selain wang jaminan sebanyak RM800 disediakan, sumbangan wang tunai juga diberikan kepada keluarga Hamiza sebanyak RM1,200 untuk perbelanjaan sepanjang PKP.

“Kami bersimpati dengan nasibnya yang sebelum ini menjadi tulang belakang keluarga dan menjaga bapanya yang dis3rang angi1n ahmar selama tiga tahun sehingga meni1nggal dunia tiga bulan lalu.

“Selain itu, Hamiza masih di bawah umur dan seorang pelajar tingkatan enam seterusnya masa depannya masih panjang,” katanya yang juga seorang peguam.

 

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Ingk4r PKP kerana lapar, remaja ini tak mampu bayar ikat jamin akhirnya dibebaskan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*