Pelakon, Puteri Aishah Sulaiman disahkan positif C0VID-19

Pelakon, Puteri Aishah Sulaiman disahkan positif COVID-19.

Perkara tersebut disampaikan pengurus bintang berkenaan, Iman Tang menerusi satu kemas kini di Instagram, hari ini.

“Assalamualaikum Warahmathullahi Wabarakathuh. She just tested POSITIVE for COVID19 an hour ago.

“Please pray for her, Please DOA kan dia supaya cepat sembuh,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkara sama turut dikongsikan Iman menerusi Insta Stories.

Bagaimanapun, punca atau gejala yang dihidapi bekas finalis Dewi Remaja 2015 itu tidak diperincikan.

Berita selanjutnya menyusul.

Puteri Aishah dilahirkan pada 6 Jun 1994 di Port Dickson, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik, mempunyai diploma dalam jurusan Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Pada usia 20 tahun, Puteri Aishah memulakan kerjaya awalnya sebagai guru pelatih di sebuah sekolah rendah dan gambar beliau pernah menjadi tular di media sosial pada tahun 2014, ketika itu, beliau dikenali sebagai Cikgu Aishah.

Biodata Puteri Aishah | Cerita Budak Sepet

Pada tahun yang sama, beliau menjadi salah seorang peserta pertandingan Dewi Remaja 2014/15 yang turut disertai oleh Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Deeba Halil, Natrah Khalid, Mimi Lana, Fify Azmi dan Syamim Farid. Kerjaya lakonan beliau bermula dengan membintangi bersama Puteri Balqis dalam drama waktu perdana TV3, Akulah Balqis sebagai watak sampingan selepas diberi kepercayaan oleh Erma Fatima untuk membintangi drama tersebut.

Biodata Puteri Aishah, Pelakon Drama Utusan Cinta Buat Adam ...

Pada tahun 2016, beliau telah memegang watak utama dalam drama Cinta Roller Coaster yang ditayangkan di TV3. Selain itu, beliau juga telah berlakon dalam sebuah teater muzikal berteras budaya masyarakat Minangkabau dan memegang watak sebagai Poti Bongsu. Teater ini dipersembahkan di Pentas Istana Budaya pada 25 Mac 2016.

Pada September 2017, Aishah membintangi drama Raisha yang bersiaran di Slot Lestary TV3, lakonan Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Taib Zamannuri, Ariff Aziz dan ramai lagi. Diarahkan oleh Nizam Zakaria dan terbitan OrangeTree Production. Selain itu, drama ini juga ditonton di tonton.com.my sebelum tayangan perdana di TV3. Pada Ogos 2017, Aishah membintangi drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku terbitan A. Aida Production Sdn Bhd yang disiarkan di TV3. Drama arahan Zul Huzaimy Marzuki ini merupakan adaptasi novel Mr. Hot Guy karya Danisyarahmat.

Puteri memulakan kerjaya filemnya dengan membintangi filem sulungnya, Pulang arahan Kabir Bhatia, yang menggandngikan beliau bersama Remy Ishak;Aishah memegang watak Che Thom. Filem ini ditayangkan pada 26 Julai 2018.

7 Gambar Terkini Cikgu Puteri Aishah Yang MenDADA Sado? | Melastik ...

Beliau merupakan salah seorang dari barisan pelakon drama Selafaz Cinta yang dibintangi bersama oleh Saharul Ridzwan dan Syatilla Melvin. Aishah memegang watak sebagai Liza Liyana, seorang pramugari. Beliau memegang watak sebagai Anita dalam drama Tolong Aku Doktor Cinta, lakonan bersama Hafreez Adam dan Nina Iskandar.

 

Foto: Instagram Puteri Aishah, Iman Tang/Wiki

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Pelakon, Puteri Aishah Sulaiman disahkan positif C0VID-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*