Setelah d3nda Adik Nursahira dibayar, mahkamah menolak permohonan g4ntung hukum4n sementara, jutawan Azlan Al-Amin akan lakukan perkara ini

Acap kali kita lihat individu di kalangan masyarakat yang melampaui batas dalam pelbagai aspek. Namun, sebagai manusia biasa, semestinya kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan.

Begitulah asam garam kehidupan yang silih berganti. Oleh itu, sebagai insan yang bertanggungjawab, kita seharusnya sentiasa mendoakan kesejahteraan, kebaikan pada insan lain.

Kisah insan mulia, pemilik facebook Muhammad Azlan Al-Amin yang tular di media sosial hari ini, difahamkan sanggup datang dari jauh semata mata untuk membayar denda RM10,000, seterusnya membebaskan adik Nursahira.

Sungguh mulia tindakan insan ini, semoga dapat menjadi ikutan pada masyarakat diluar sana dan tidak lupa pada pesalah agar insaf.

Turut berkongsi foto foto bersama Peguam

Bersama Mak Ayah Syaherah di Mahkamah Alor Star,Kedah.Mereka hanya menangis lihat saya,mereka cakap tak ada apa boleh bagi.Saya kata,saya hanya mahu DOA.

Dari miskin tegar, kini jutawan

Kisah Azlan menjadi tular sejak tahun lalu apabila kisah pengalaman hidupnya yang berasal dari keluarga miskin tegar, namun kini bergelar jutawan telah menjadi inspirasi kepada orang lain.

Peneraju syarikat Azlan Al Amin Properties Sdn Bhd itu pernah berkata ““Jadikan kemiskinan sebagai motivasi, jadikan kekayaan sebagai inspirasi. Apabila memperoleh rezeki, kita perlu bersyukur dan berbuat kebajikan dengan hidup berbakti.”

Jom Lihat apa kata netizen dalam ruangan komen:

” Adik buat pengajaran.Jaga budi bicara pas ni, hormat orang tua2.Baqu la mak pak mertua Sayang.. Hope pas ni adik serik xkan ulang lagi.. Sayang masih muda lagi.

” Jangan ikut hati Dan perasaan. Kalau dak. qaya lah ke terai besi taun ni. Buat diluar sana Jagalah budi bicara anda bila berkata2

” Yg mana dok kecam tu sembang mcm malaikat.. Hidup tak pernah buat silapm. Hebat hangpa.. Tahniah… Kalau blh mana mnausia buat silap salah hukum penjara seumur hidup puas hati la kot..

” Ingat satu saja nak habaq.. Hari ni hari dia.. Hari hangpa tgu pulak la.. Dok kata sedap kat org… Allah tu maha adil.. Hati hati la

Dengan niat membantu, menolong, semoga tuan mendapat ganjaran pahala dari raja segala makluk. Aamiin

Semoga DiPernudahkan urusan encik dan adik ni…lps kluar ni ..jgn la buat hal lg..belajar la dari kesilapan ni. Jd la manusia yg berguna..adik tk kesian kt diri sendiri..tp adik kesian la kt mak ayah adik…balik minta la maaf kt diaorg..selagi diaorg masih ada….umur masih muda..jgn bertindak di luar kewarasan diri

Ya lah kita hanya boleh ambik iktibar dari kejadian ini… Pihak berkuasa hanya menjalankan tugas… Tugas tetap tugas… Arahan kena ikut… Soga kejadian in menjadi iktibar kepada semua rakyat malaysia. Kerana mulut, badan binasa… Malu keluarga dibuatnya, unti adik saherah… Ambilah pengalaman ini dengan sewajarnya.

Tahniah tuan ..untuk adik ni..belajarlah dari kesilapan..sebab tidak akan selalunya kita bernasib baik..jaga air muka ibu ayah. Kesian mereka.

Terdahulu Mhkamah Sesyen Alor Setar, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara tiga bulan ke atas seorang pembantu kedai atas kesalahan mengeluarkan komunikasi jelik pada 27 Mac lalu.

Tertuduh, Nursahira Mohd Mizuar, 20, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mengikut kertas pertuduhan, Nursahira melalui Facebook secara sedar membuat dan memulakan komunikasi jelik dengan niat menganiaya orang lain di sebuah rumah di Persiaran Kiara Mas, Pendang, pada jam 10.12 malam, 27 Mac lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Sksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Murtazadi mengarahkan hukuman ke atas Nursahira bermula pada tarikh dia ditahan dan sekiranya gagal membayar denda, tertuduh akan dihukum penjara dua bulan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Aqharie Durranie Aziz manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian 27 Mac lalu, seorang wanita ditahan polis jam 11.30 malam, selepas dia memuat naik status menghina polis di media sosial miliknya.

Wanita itu dikatakan memuat naik status itu selepas marah dengan tindakan polis mengarahkannya pulang ke rumah ketika anggota terbabit melakukan pemantauan Ops Covid-19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul, kira-kira jam 9 malam.

Terkini mahkamah Seksyen menolak permohonan Kami untuk PENGANTUNGAN HUKUMAN SEMENTARA MENUNGGU PROSES RAYUAN. Peguam kami akan segera membuat PERMOHONAN RAYUAN DI MAHKAMAH TINGGI dalam tempoh terdekat ini.

Dalam gambar di bawah,kelihatan ayah kepada tertuduh yang tidak dapat menahan sebak di hadapan pintu masuk Kompleks Mahkamah Alor Star.Aku juga seperti kalian simpati,bahkan hatiku turut menangis walaupun antara kita tak pernah kenal.Tapi harus kita ingat,perjuangan belum berakhir…..Bahkan baru bermula…

Jangan bersedih,kita masih ada peluang!Dan saya akan terus berjuang bersama kalian demi masa depan anak anak bangsa yang inginkan kehidupan lebih baik setelah kesilapan semalam….

 

 

Sumber: Malaysiaunited | FB Azlan Al-Amin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Setelah d3nda Adik Nursahira dibayar, mahkamah menolak permohonan g4ntung hukum4n sementara, jutawan Azlan Al-Amin akan lakukan perkara ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*