Video tikt0k anak mula dapat perhatian netizen, Azhar Sulaiman tegur anak gadisnya jangan suka duduk mengangk4ng!!

Seperti sudah dijangka ada yang kurang senang dengan gelagat anak gadis pelakon itu yang mengenakan seluar pendek hitam. Bagaimanapun, ruangan komen video tersebut telah pun ditutup kepada umum.

Menyedari nama anaknya menjadi bualan hangat netizen, menerusi Facebook miliknya Azhar berkata dia sudah pun memberi teguran pada anak gadisnya itu. Azhar memberitahu dia turut mengingatkan Leona bahawa dia seorang gadis Muslim.

Katanya lagi, dia juga akan menasihati Leona tentang kandungan yang boleh dikongsikan di Instagram. Malah, dia turut meminta anak lelakinya yang juga kembar kepada Leona iaitu Rees supaya mengingatkan anak gadisnya itu untuk menjaga tingkah laku serta berkelakuan sopan.

Tindakan Azhar yang tampil memberi penjelasan untuk menangani ‘kegilaan’ Tik Tok anaknya itu menerima pujian daripada netizen. Netizen juga mengatakan Azhar seorang bapa yang bertanggungjawab dan bersetuju dengan pendekatan yang digunakan untuk mendidik anaknya.

Malah, netizen berkata mereka juga memahami kesukaran untuk membesarkan anak kerana setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Video tikt0k anak mula dapat perhatian netizen, Azhar Sulaiman tegur anak gadisnya jangan suka duduk mengangk4ng!!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*