Pasangan ini hidup t4npa kaki hanya mampu pandang satu sama lain, redha dengan uji4n

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberi seribu satu hikmah kepada kita semua. Dahulunya kita mampu keluar bersuka ria, tiada masalah pergerakan dan kini kesemua itu harus dilupakan buat sementara.

Hikmah terbesar penulis lihat sepanjang PKP ini adalah sikap kita sebagai umat Islam sama ada boleh membantu orang lain atau pun tidak. Kian hari, ada sahaja kisah memaparkan keluarga yang semakin hidup susah dan hilang punca pendapatan.

Di sini lah kita boleh lihat di mana golongan kemampuan berada di saat yang lain sedang menahan lapar terputusnya makanan.

PASANGAN TANPA KAKI HANYA MAMPU MEMANDANG SATU SAMA LAIN

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Othman Bon ada berkongsikan kisah sedih mengenai satu pasangan suami isteri dikala berdepan PKP.

Menurut Othman, mereka adalah pasangan orang kelainan upaya (OKU). Akibat terbatas pergerakan mereka kini hanya mampu untuk memandang antara satu sama lain sahaja. Difahamkan isterinya tiada kaki sebelah dan mampu duduk atas kerusi roda.

Sumber Facebook

Manakala si suami kedua kakinya sudah tiada dan hanya mampu meniarap di atas tilam. Tidak dijelaskan secara terperinci punca kepada kehilanggan anggota tubuh badan tersebut. Menurut Othman lagi, mereka ini tinggal di Bukit Naning, Air Hitam, Muar.

“Allah hu akbar ada lagi yg benar benar memerlukan bantuan. Tanpa bersuara isteri tiada kaki sebelah suaminya kedua kaki tiada. Semuga keluraga ini tabah menempuh kehidupan ini. Dapat tahu terus berkejar kerumahnya bersama YB YSHARUDDIN menghantar bantuan.” Kongsi Othman di Facebooknya beberapa hari lalu.
Sumber Facebook

RAMAI YANG INGIN SALURKAN BANTUAN

Lihat sahaja gambar perkongsian Othman, sudah pasti dapat merasai pahit jerih mereka yang terutama dari sumber kewangan dan juga bekalan makanan.

Melihat kepada reaksi pengguna Facebook pula, rata-rata meluahkan rasa sebak melihat pasangan ini yang ternyata hebat diuji. Ada juga yang berminat untuk memberikan sumbangan kepada keluarga ini bagi meringankan beban mereka.

Sumber Facebook

Untuk maklumat lebih lanjut, suka penulis ingatkan untuk berhubung secara terus dengan Othman Bon menerusi Facebook miliknya.

Tidak mampu dari segi kewangan, sekurang-kurangnya kita titipkan lah doa agar pasangan ini dimurahkan rezeki dan sabar dalam mengharungi liku-liku hidup.

 

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Pasangan ini hidup t4npa kaki hanya mampu pandang satu sama lain, redha dengan uji4n"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*