Pakcik tua ini jual sayur tengah panas terik matahari, kesian tiada siapa singgah beli

Tak kira hujan atau panas, individu yang menyara keluarga terus mencari rezeki walaupun agak sukar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Itu dilakukan seorang lelaki warga emas yang menjual pelbagai jenis sayur di bahu jalan berhampiran kawasan Kampung Lahar Yooi, Tasek Gelugor.

Kisah tersebut dikongsi seorang pengguna laman Facebook, Nur Aina yang meminta pertolongan orang ramai berdekatan lokasi itu agar meringankan beban pakcik berkenaan.

Lebih menimbulkan rasa simpati apabila pakcik itu menjual di tengah panas terik matahari namun tiada pelanggan yang singgah membeli.

“Katanya tinggal di Penanti dan selalu berniaga pasar malam tapi disebabkan PKP ni, dia dah tak boleh berniaga,”ulis Nur Aina.

Walau bagaimanapun, kemaskini pada posting tersebut mengatakan jualan pakcik berkenaan telah habis diborong oleh insan yang baik hati.

Rata-rata warganet turut kasihan dan mendoakan agar pakcik tersebut sentiasa dimurahkan rezeki serta dilindungi Allah SWT.

 

Sumber : Nur Aina

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Pakcik tua ini jual sayur tengah panas terik matahari, kesian tiada siapa singgah beli"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*