Anggota polis ini bantu suapkan makanan pada anak kecil ini apabila dilihat bersama ibu yang disyaki murungg

Sejak arahan tempoh PKP dikuatkuasa, boleh kita lihat telah ramai anggota keselamatan yang terdiri daripada polis dan tentera dikerah untuk mengawal pergerakan rakyat Malaysia.

Namun, tugas anggota keselamatan ini bukanlah sahaja menjaga keselamatan negara, malah mereka juga memastikan kebajikan rakyat turut terjamin.

Polis suap budak makan di tepi jalan

Sejak semalam, tular beberapa foto memaparkan seorang anggota polis memberi makanan kepada anak kecil yang dilihat duduk di tengah dan kelihatan tidak terurus.

Ibu disyaki murung bawa anak tanpa hala tuju

Menerusi satu perkongsian di Facebook Polis Daerah Seri Alam, dikatakan budak kecil itu dibawa oleh ibunya yang tanpa hala tuju di Jalan Putri Kota Putri.

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADASeri Alam, 11 April 2020 – Kelihatan anggota URB sedang memberi makanan kepada anak…

Posted by Polis Daerah Seri Alam on Saturday, April 11, 2020

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA

Seri Alam, 11 April 2020 – Kelihatan anggota URB sedang memberi makanan kepada anak kecil yang telah dibawa oleh ibunya tanpa hala tuju di Jalan Putri Kota Putri. Anggota URB IPD Seri Alam telah berada di lokasi setelah menerima aduan orang awam yang meminta bantuan kerana dipercayai ibu kepada anak ini disyaki mengalami sakit kemurungan. Waris kepada ibu dan anak ini berjaya dikesan dan diserahkan kepada keluarganya. Walaupun kita berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, pihak PDRM menasihati masyarakat agar sentiasa menjaga keluarga masing-masing dan tidak mengabaikan ahli keluarga yang sakit dan bermasalah, sayangilah diri dan keluarga.

#covid19
#StayAtHome
#jagadirijagakeluarga
#serialamsejahterakomitmenkami

Anggota URB IPD Seri Alam telah berada di lokasi setelah menerima aduan orang awam yang meminta bantuan kerana dipercayai ibu kepada anak ini disyaki mengalami s4kit kemurungan.

Inilah contoh yang baik

Melihat tindakan murni anggota polis tersebut terhadap anak kecil itu, mendapat pujian daripada netizen yang menyifatkan ia adalah contoh yang baik untuk dijadikan tauladan.

Terbaik PDRM

Respect!

Difahamkan, waris dua beranak itu telah berjaya dikesan dan kini diserahkan semula kepada keluarganya. Pihak polis juga menasihati agar kita sentiasa peka akan keselamatan diri dan keluarga.

 

Sumber : Polis Daerah Seri Alam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Anggota polis ini bantu suapkan makanan pada anak kecil ini apabila dilihat bersama ibu yang disyaki murungg"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*