Terselamat dari j4ngkitan c0vid-19, dua doktor ini terkejut lihat kulit bertukar gelap

DUA doktor warga China yang tenat akibat Covid-19 mendapati kulit mereka berubah warna selepas pulih daripada jangkitan itu. Dr Yi Fan dan Dr Hu Weifeng, kedua-duanya berusia 42 tahun dijangkiti wabak itu ketika merawat pesakit di sebuah hospital di Wuhan pada Januari lalu.

Doktor yang merawat mereka berkata kedua-duanya terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Wuhan doctors wake from fighting virus to find skin has changed colour

Penggunaan alat tersebut bagaimanapun menyebabkan kulit mereka bertukar menjadi gelap. Perubahan itu berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon yang terjadi selepas hati rosak diserang virus tersebut, lapor media tempatan China.

Wuhan doctors wake from fighting virus to find skin has changed colour

DrYi dan Dr Hu pernah bekerjasama dengan Dr Li Wenliang yang maut akibat Covid-19 pada 7 Februari lalu.

Kedua-duanya disahkan positif jangkitan itu pada 18 Januari lalu dan dibawa ke Hospital Pulmonari Wuhan untuk rawatan susulan.

Wuhan doctors wake from fighting virus to find skin has changed colour

Dr Li Shusheng yang merawat kedua-dua petugas kesihatan itu berkata kulit mereka menjadi gelap kerana sejenis ubat yang diberikan semasa peringkat awal rawatan.

Katanya lagi, perubahan kulit itu juga adalah salah satu kesan sampingan ubat tersebut.

Wuhan doctors wake from fighting virus to find skin has changed colour

Walaupun dia tidak mendedahkan ubat itu, Dr Li berkata kulit itu akan kembali normal sebaik sahaja hati mereka berfungsi dengan baik. – Metro.co.uk

 

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Terselamat dari j4ngkitan c0vid-19, dua doktor ini terkejut lihat kulit bertukar gelap"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*