Pelbagai kelengkapan Ebit Lew dah beli. Isteri tuan rumah menangis, katanya kenapa ustaz buat semua ini

Ustaz Ebit Lew hari ini meneruskan kerja amal beliau selepas berehat sehari gara-gara ada individu membuat laporan. Meskipun begitu, ia langsung tidak mematahkan semangat beliau untuk membantu masyarakat terutama golongan yang tidak berkemampuan.

Siang tadi Ebit Lew sekali lagi ke utara tanah air.

” Menangis lagi di Baling Kedah. Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal di bangsal atau khemah setahun dah.”

Itu luahan beliau dalam hantaran pertama yang mendapat 24k ‘shares’.

Sementara sebentar tadi beliau sekali lagi memuatnaik hantaran, perkongsian kemaskini mengenai keluarga yang dibantu.

Berikut adalah luahan dan kata-kata Ebit Lew

Syukur Alhamdulillah sahabat kita sekeluarga dah berpindah ke rumah sewa. Saya dah bayarkan 2 bulan.

InsyaAllah selagi mereka perlukan rumah tu saya bayarkan sewa rumah dan air elektrik. Terima kaseh tuan rumah.

Mula-mula mereka terkejut. Sebab katanya macam mimpi.

Anaknya happy jer dalam kereta saya tadi. Jiran baik semuanya ada yang datang membantu pindah tadi.

Sedih tengok. Saya pergi kedai perabot belikan 2 katil queen dan tilam. Serta 2 tilam single. Belikan tikar getah. Rice cooker.

Saya beri duit belanja buat keluarga dan anak-anak. Syukur pada Allah.

Isteri tuan rumah menangis tadi. Sebak saya. Katanya kenapa ustaz buat semua ini.

Jawab saya. Saya dulu miskin saya cuma nak Allah sayang. Miskin atau kaya bukan mulia atau hina.

Keduanya ujian dari Allah. Saya tengok anak kakak ini cerdik semuanya. Saya teringin nak bantu mereka belajar ke madrasah.

Tadi kelam kabut saya balik. Tak sempat cakap panjang. Tadi sambung berbual dalam phone. Saya kata saya akan bantu anak ini belajar sekolah agama atau madrasah. Biar dia jadi orang hebat dunia akhirat.

Berikut perkongsian pertama Ebit Lew

” Selepas sahur terus ke sini. Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Banyak nyamuk. Tak lepas kereta saya masuk dalam. Kena jalan kaki.

” Menangis tengok adik-adik ini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya.

” Sebelum hadir mereka kata ada ketua masyarakat disini hadir semalam dan janji akan beri rumah. Tolong buat rumah tapi selepas PKP nanti.

” Syukur Alhamdulillah. Terima kaseh ketua masyarakat dan masyarakat setempat yang banyak membantu mereka.

” Semua badan ada hantar makanan dan sekolah pun beri percuma pada mereka makanan disekolah. Terima kaseh semua. Gembira dengar. Syukur sangat.

” Bagi saya sehari mereka disini adalah dosa buat saya yang tidur lena. Makan sedap. Rumah saya besar dan kenderaan macam-macam.

” Anak kecil ini penuh nyamuk. Mereka anak yang baik. Senyum jer bahagia. Anak-anak ini anak yang baik sangat. Comel. Cemerlang pelajaran dan sukan.

” Baik jer beradab sangat. Allahuakbar. Adik main dekat mana. Dekat sinilah ustaz.

” Allahuakbar. Saya nak masuk pun takut. Dia main 4 beradik. Yang besar darjah 5 perempuan.

” Saya kata jom pindah rumah saya akan cari rumah sewa boleh duduk sampai bila-bila saya bayar. Jika ada kerajaan buatkan rumah boleh pindah sana.

” Sehari adik disini buat saya tak boleh tidur. Sedih sangat rasa. Rasa bersalah. Doakan saya tengah cari rumah sewa sementara untuk mereka.” akhiri Ebit Lew

 

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Pelbagai kelengkapan Ebit Lew dah beli. Isteri tuan rumah menangis, katanya kenapa ustaz buat semua ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*