Sejak saya tinggal bersama anak yang sulung, hampir setiap hari saya makan hati hadap perangai menantu

Asalamualaikum admin krt.. Saya ada 4 orang anak. 1 lelaki dan 3 perempuan.

Anak sulung lelaki saya sudah berumah tangga. Oleh kerana anak bongsu saya sudah nak bernikah jadi saya tiada kawan dirumah, dan semua anak saya menyarankan says tinggal dirumah anak sulung memandangkan dia satu satunya anak lelaki jadi kena dia lah yang menjaga saya memandakan syurganya di tapak kaki saya. Tapi bukan itu yang saya nak cerita.

Disini saya nak meluahkan, saya ada menyatakan hasrat pada anak sulung yang saya nak tinggal dirumahnya sebelum pkp haritu, dia bersetuju. Dan saya pun berpindah lah dirumahnya.

Bila saya berpindah disana, menantu seolah2 tidak suka dan tidak hormat saya. Menantu saya ni suri rumah, dan hamil anak pertama. Dan baru saya tahu menantu seorang yang pemalas.

Semenjak saya duduk rumah anak sulung, hari2 tekanan d4rah saya makin meningkat sebab nak hadap perangai menantu. Menantu bangung puuukul 11.

Lepas solat subuh, dia tidur semula sedangkan lepas solat tidak baik tidur, pukul 11 bangun baru tegesa2 nak masak, masakan menantu semua tak boleh makan, ajinamoto letak banyak sampai saya sering haus. Baju basuh malam, tengah hari baru jemur, susun sofa pun tidak teratur, susunan bilik tidak sesuai.

Sejak saya pindah kesana. Saya susun dapur, bilik dan ruang tamu dah cukup baik. Namun bila saya keluar dan kembali, sofa, dan dapur menantu alihkan semula. Belum lagi bab bilik mereka. Saya suruh ubah kedudukan katil dan almari tapi menantu masih berdegil.


Gambar hiasan

Pernah sekali menantu masak ikan asam pedas tapi masakan terlalu masin, memang tak boleh makan langsung, yang jadi masalahnya anak saya makan ikan tu, memang saya larang anak makan sebab terlalu masin dan tidak elok untuk kesihatan, saya suruh anak hantar saya ke pekan untuk membeli bahan2.

Saya masak asam pedas dan anak saya makan dengan selera. Dan saya dah pesan pada menantu, kalau nak masak, untuk diri sendiri je sebab dia suka masin2 semua tu tak baik untuk kesihatan.

Tapi min, menantu cerita pada anak saya macam2. Dia cakap saya suka cari pasal dengan dia, suka hina dia, suka komplen dan malukan dia. Sampai2 anak marah dia sebab menantu kata saya buli dia dirumah Allahuakbar min.

Saya tiada niat nak buat j4hat pada menantu, saya nasihat untuk dia memperbaiki diri, saya nak dia buat yang terbaik untuk rumah tangga. Saya sangka dia terima nasihat saya dengan terbuka dan akan mengubah menjadi baik, memang tak elok seorang perempuan bangun jam 12 tengah hari, rezeki susah masuk. Sekarang menantu macam mengadu domba hubungan saya dan anak.

Dia selalu mengadu pada anak saya buat ja4hat pada dia, sampai anak hilang hormat pada saya, sedangkan syurga anak ditapak kaki saya. Bila saya suruh dia tengok saya masak sebab nak dia belajar. Dia tengok juga cuma diam je.

Tanya satu jawab satu. Bila dia nak masak memang saya tak bagi sebab dia masih tak reti lagi. Saya kata masak biar saya buat. Tapi dia kadang2 senyap2 masak sendiri.

Tapi sofa dan kedudukan bilik dapur semua saya suruh ubah dia taknak dengar. Kalaulah saya tahu dia menantu teruk macam ni, saya tak akan benarkan anak saya bernikah dengan dia dlu, sebab anak kawan saya lagi cantik rajin dan pandai masak. Tolong saya beri pendapat.

 

Sumber : kisahrumahtangga

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Sejak saya tinggal bersama anak yang sulung, hampir setiap hari saya makan hati hadap perangai menantu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*