“Salahkah Ustaz kaya? agar tak mer3mpat si anak bangsa” Fedtri Yahya mula bersuara

Sejak PKP dilaksanakan, Ustaz Ebit Lew tidak berhenti menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Bagaimanapun, ada pihak kurang senang dengan dengan kerja kebajikan yang dilakukannya dan iri hati.

Malah, ada yang mempersoalkan di mana pendakwah itu mendapat duit dan ada yang menuduhnya menggunakan duit derma untuk kepentingan diri, sehinggakan Ustaz Ebit terpaksa mendedahkan sumber pendapatannya agar tiada lagi salah faham.

Rata-rata netizen mengagumi Ustaz Ebit yang sebelum ini bersusah tetapi akhirnya mampu membina kejayaannya sendiri. Lebih bermakna, apabila kemewahannya itu digunakan untuk membantu ramai orang.

Pendedahan Ustaz Ebit itu mendapt perhatian pesonaliti televisyen, Ahmad Fedtri yahya yang menukilkan sebuah sajak kepada pendakwah berbangsa Cina itu sebagai tanda sokongan.

Menerusi sajak itu, Fedtri menjelaskan keperluan seorang pendakwah untuk bergelar hartawan sebagaimana dituntut Islam. Antara sebab yang dinyatakan seseorang itu mampu bersedekah, membela ummah, seruan agama, berzakat dan dipandang tinggi agama lain.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salahkah Ustaz Kaya? . Kenapa ustaz perlu kaya, banyaklah infak sedekah mulia . Kenapa ustaz perlu kaya, cerminan Islam menjaga harta . Kenapa ustaz perlu kaya, membangun ummah tak kira masa . Kenapa ustaz perlu kaya, bukti agama tak halang berjaya . Kenapa ustaz perlu kaya, bertambah zakat asnaf terbela . Kenapa ustaz perlu kaya, basmi fakir di bumi tercinta . Kenapa ustaz perlu kaya, harta halal selamatkan semua . Kenapa ustaz perlu kaya, tidak merempat si anak bangsa . Kenapa ustaz perlu kaya, supaya kafir tak pandang hina . Kenapa ustaz perlu kaya, konsep zuhud perlu dicerna . Kenapa ustaz perlu kaya, menjulang syariat perlukan dana . Kenapa ustaz perlu kaya, bina empayar berkah semuanya . Kenapa ustaz perlu kaya, dapat menaja sejumlah biasiswa . Kenapa ustaz perlu kaya, paradigma baru pejuang agama . Kenapa ustaz perlu kaya, ekonomi padu ummah sejahtera . Kenapa ustaz perlu kaya, dekatkan jemaah kepada Pencipta . Kenapa ustaz perlu kaya, sebarkan nikmat Allah Yang Esa . Kenapa ustaz perlu kaya, kaya di sini kaya di sana . Kenapa ustaz perlu kaya, jihad harta menuju taqwa . Kenapa ustaz perlu kaya, sedekah hebat menolak bala . Kenapa ustaz perlu kaya, bekalan pahala ke pintu syurga . Kenapa ustaz perlu kaya, Abdul Rahman Auf tunjukkan jalannya . Kenapa ustaz perlu kaya, Allah memilihmu untuk berjasa . . . #ustazkaya #jangandengki #zuhudbukanlusuh #fedtriyahya #menikamdenganpuitis #muhasabah #ramadhan #perintahkawalanpergerakan #sedekah #bekalanakhirat #jihadharta #ebitlew . Siapa like maksudnya dia doakan aku kaya 😝😘

A post shared by Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya) on

Perkongsian Fedtri itu ternyata memberi kesan kepada netizen yang memahami maksud yang disampaikan. Malah, ramai mengatakan Ebit Lew menjadi inspirasi kepada mereka diluar sana yang mempunyai kemewahan namun menginfakkannya ke jalan Allah.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut mendoakan agar Ustaz Ebit dimurahkan rezeki untuk terus berbakti dalam membantu mereka yang memerlukan dan terus istiqamah dalam kerja kebajikan.

 

Sumber: rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "“Salahkah Ustaz kaya? agar tak mer3mpat si anak bangsa” Fedtri Yahya mula bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*