Mahu ludah muka ustaz Abu Syafiq, Usop Wilcha minta izin polis

Sejak kebelakangan ini, bermacam kontroversi terpalit Ustaz Abu Syafiq. Terbaru, tular di media sosial satu video dimana pendakwah itu mencadangkan agar menghapuskan tulisan Cina. Kenyataan pendakwah bebas itu sekaligus mencetuskan kemarahan netizen.

Video itu turut mendapat reaksi pelakon Usop Wilcha yang berseloroh memohon pendapat daripada pihak polis untuk meludah dan menghumban Ustaz Abu Syafiq ke dalam sungai sekiranya terjumpa dengan pendakwah bebas itu.

“Kepada PDRM, minta maaf kalau teman (saya) nak tanya dan mintak pendapat. Boleh tak andai kata teman jumpa ‘makhluk’ dalam gambar ini, teman ludah dekat muka dia dan lempor (lempar) dekat sungai.

“Kalau tak boleh tak apa, teman tanya saja dulu. Sudah makin ramai sangat individu buat kenyataan secara terbuka macam ini,” tulisnya di Twitter.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sebab pelakon tersebut mahu bertindak sedemikian. Namun, berdasarkan gambar Ustaz Abu Syafiq yang dimuat naik, ia adalah daripada video tular dimana pendakwah itu cadang untuk menghapuskan tulisan Cina.

Terdahulu, nama Ustaz Abu Syafiq menjadi perhatian ramai apabila didakwa memuat naik status mengkritik kerja amal segelintir pihak. Dakwanya berkongsikan gambar dan video orang miskin adalah perbuatan haram kerana dikhuatiri boleh mengaibkan mereka.

Meskipun tidak menyatakan status itu ditujukan kepada siapa, namun netizen membuat andaian bahawa kenyataan berkenaan ditujukan kepada Ustaz Ebit Lew.

 

Kredit: rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

 

Be the first to comment on "Mahu ludah muka ustaz Abu Syafiq, Usop Wilcha minta izin polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*