[Video] KKM kesan satu mutasi vlrus bertindak lebih g4nas telah jangkiti 120 pesakit lain – Dr Noor Hisham

Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap COVID-19 mendapati terdapat satu daripada 30 strain mutasi virus tersebut boleh bertindak lebih ganas sehingga menjangkiti 120 pesakit lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia membabitkan kes ke-26, di mana mutasi tersebut dikesan pada kodon 15.

“Jadi, mungkin kes ke-26 ini menjangkiti (pesakit) kerana mutasi tersebut. Jadi, mutasi baharu lebih dahsyat dari segi jangkitan ataupun penularan dalam kalangan indvidu-individu terlibat, itu yang pasti,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berkata Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah pun melakukan pengasingan virus dan kultur tersebut. Namun, katanya tumpuan perlu dilakukan untuk mengkaji sama ada terdapat strain yang berbeza.

“Setakat ini yang kita pasti ialah lihat pada gelombang pertama dan peringkat awal gelombang kedua.

Kes-kes kita adalah daripada strain B iaitu sama dengan di Wuhan, China berbanding dengan strain A di Amerika Syarikat (AS) dan strain C di Eropah.

“Tetapi apa yang kita perlu laksanakan ialah membuat kajian untuk gelombang kedua (membabitkan) pesakit-pesakit kita yang telah disahkan (positif COVID-19) dan pulang dari negara tertentu, contohnya. Jadi, kita masih melaksanakan pengasingan kultur dan kajian virus tersebut,” ujarnya.

VIDEO

Terdahulu, penyelidik di Institut Genomik Bioperubatan Negara (NIBMG) India mendakwa mengesan 10 mutasi berbeza, di mana salah satunya disifatkan lebih berbahaya. Jenis mutasi tersebut diklasifikasikan sebagai A2a dan disifatkan lebih cepat menular dalam kalangan manusia.

KKM beri amaran kes meningkat dua minggu akan datang

[Kemas Kini] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi amaran kemungkinan berlaku peningkatan kes dalam tempoh dua minggu akan datang. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berikutan aktiviti pengesanan kes masih giat dilakukan KKM.

“KKM melakukan pengesanan kes terutama ke atas rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara dan lokaliti yang terlibat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya.

Menurutnya, penurunan jumlah kes harian yang dilihat sejak kebelakangan ini adalah hasil tindakan proaktif dan agresif yang dijalankan dalam tempoh dua minggu lalu.

“Terima kasih kepada barisan hadapan termasuk Angkatan Tentera Malaysia, polis,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata, perancangan hari ini akan dapat dinilai hasilnya dalam tempoh dua minggu akan datang.

“Saya mohon kepada semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama menjayakan usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 ini,” katanya.

Ditanya mengenai Lembah Pantai masih lagi disenaraikan sebagai kes positif tertinggi jangkitan wabak itu di negara ini, Dr Noor Hisham berkata, kepadatan penduduk di kawasan itu merupakan faktor utama penyumbang peningkatan kes.

“Kita telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Menara City One, Malayan Mansion, Selangor Mansion dan Masjid India.

“Kementerian masih lagi melakukan pengesanan aktif di kawasan berkenaan dan berharap tiada kluster baharu direkodkan,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk membuka semula sektor sosial termasuk sekolah selepas menilai situasi semasa dalam tempoh dua sehingga empat minggu ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana kementeriannya perlu melihat kepada situasi semasa apabila sektor ekonomi telah dibuka sepenuhnya bermula hari ini.

“Kita buka dahulu sektor ekonomi dan dalam masa yang sama kita harap dapat pantau situasi semasa.

“Dalam tempoh dua minggu atau empat minggu (sebelum tentukan sekolah dibuka) kita akan kemukakan cadangan kepada kerajaan untuk buka sektor sosial dan ekonomi,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada sekolah akan dibuka selari dengan kelonggaran yang diberikan kepada sektor ekonomi ketika ini.

Menurutnya, KKM perlu meneliti semua aspek sebelum mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi memastikan rantai wabak koronavirus (Covid-19) dapat ditamatkan sepenuhnya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan KKM juga sedang meneliti prosedur operasi standard (SOP) untuk memberi kelonggaran kepada aktiviti sukan. Katanya, kelonggaran itu hanya tertumpu kepada aktiviti sukan yang tidak dilakukan secara berkumpulan seperti joging.

“SOP itu akan dibuat mengikut garis panduan KKM seperti perlu ada penjarakkan sosial, tiada perhimpunan ramai dan sebagainya.

“Jadi inilah sebahagian daripada tahap secara berperingkat yang sedang kita lihat dengan lebih teliti dan akan diumumkan nanti,” katanya.

 

Sumber: budaksitu.pw

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "[Video] KKM kesan satu mutasi vlrus bertindak lebih g4nas telah jangkiti 120 pesakit lain – Dr Noor Hisham"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*