Peniaga Pasar Awam Sekinchan pos1tif Cov1d-19

SEORANG peniaga Pasar Awam Sekinchan, Sekinchan, d1sahkan pos1tif Cov1d-19.

Susulan itu, Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menutup tiga petak gerai di pasar itu, kelmarin.

Yang Dipertua MDSB Mohd Faizul Fitri Muslil berkata, petak gerai berkenaan ditutup sementara sehingga tahap kesihatan peniaga berkenaan kembali pulih.

“Untuk makluman, peniaga terbabit didapati posit1f Cov1d-19 selepas menjalani ujian ‘swab’ pada 5 Mei lalu.

“Keseluruhan pasar awam masih beroperasi seperti biasa, namun hanya tiga petak gerai itu ditutup sementara,” katanya.

Beliau berkata, sebahagian besar peniaga dan pekerja di Pasar Awam Sekinchan sudah menjalani ujian ‘swab’ seperti yang diarahkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sabak Bernam.

Tegasnya, MDSB memandang serius terhadap peniaga dan pekerja yang belum menjalani ujian Cov1d-19.

“Saya berharap semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti mematuhi penjarakan sosial dan sentiasa memakai pelitup muka.

“Orang ramai juga diminta mendaftar sebagai pengunjung pasar selain tidak membawa individu beris1ko yang mudah dij4ngkiti seperti warga emas dan kanak-kanak serta kerap mencuci tangan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:MYMETRO

Be the first to comment on "Peniaga Pasar Awam Sekinchan pos1tif Cov1d-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*