Tak kira agama, Uncle Kentang bantu urus kebumi jen4zah menjelang 1 Syawal termasuk bayi 5 bulan dah 14 hari men1nggal dunia! Ramai doakan dapat hidayah

BUKAN wak1l rakyat ataupun orang kenamaan, namun apa yang dilakukan oleh lelaki ini cukup memberikan inspirasi dan mendapat pujian rakyat Malaysia.

Itulah gerangan empunya nama Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.

Ahli perniagaan ini dikenali kerana aktif dalam kerja-kerja kebajikan membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira agama ataupun bangsa.

Namun, apa yang dilakukan Uncle Kentang baru-baru ini, cukup membuka mata masyarakat.

Lelaki berbangsa Cina ini menghabiskan satu hari suntuk membantu menguruskan dua jen4zah lantaran keluarga tidak berkemampuan.

Perkongsian Uncle Kentang mengenai pengalamannya membantu menghantar jen4zah menjelang 1 Syawal yang lalu.

Menurut perkongsian di laman Facebook dan juga saluran YouTube miliknya, Kentang Production, lelaki ini berkata urusan membantu kedua-dua jenazah tersebut berlaku sehari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfiti.

“K3s satu, menguruskan jen4zah bayi yang sudah men1nggal dunia 14 hari kerana ayah dan ibu tidak berkemampuan.

“Awal pagi bertolak dari Puchong Utama ke Hospital Sabak Bernam. Bayi berusia lima bulan. Perjalanan memakan masa hampir dua jam. Bertemu dengan keluarga tersebut dan berhubung dengan pihak masjid untuk uruskan. Semua urusan pengekebumian diuruskan pihak masjid.

“Syukur kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor telah membantu mempermudahkan urusan tersebut. Kini jen4zah bayi telah selamat disemadikan dengan aman di Sabak Bernam,” tulisnya.

Uncle Kentang membantu dalam urusan pengkebumian jen4zah seorang bayi baru-baru ini.

Selesai sahaja urusan dengan k3s pertama, lelaki itu berkata dia terus bergegas pulang untuk memgambil van jenaz4h dan menuju ke Hospital Sungai Bakap di Pulau Pinang.

Ditemani seorang rakan bernama Alfred, mereka bergilir-gilir memandu kerana jarak perjalanan yang jauh.

“K3s dua, menguruskan jen4zah di Sungai Bakap, Pulau Pinang akibat paru-paru berair. Mereka bukan orang senang dan tidak mampu untuk membayar pengurusan jen4zah untuk dibawa pulang ke Felda Tembangau, Pahang.

Uncle Kentang membantu menghantar jen4zah kedua dari Sungai Bakap, Pulau Pinang ke rumah arw4h di Felda Tembangau, Pahang.

“Saya dan team bertugas pada hari tersebut dan kebetulan malam raya pula. Inilah Syif Malam Raya kami ditugaskan untuk mengambil dan menghantar jen4zah ke Felda Tembangau.

“Jen4zah siap dimandikan dan disolatkan ketika kami tiba. Saya mendapat restu daripada keluarga arw4h untuk membawa jen4zah dari Sungai Bakap ke Felda Tembangau.

“Bayangkan mereka tiada duit dan menerima berita kematian orang tersayang. Kita permudahkan… bab pahala atau tidak, itu bukan hak kita, itu hak Tuhan.” tulisnya.

Antara komen netizen yang memuji malah mendoakan Uncle Kentang dikurniakan hidayah suatu hari nanti.

Lelaki ini juga berkata, ianya pengalaman malam raya yang indah bagi dirinya dan rakan yang bertugas kerana berjaya menunaikan hasrat keluarga arw4h untuk disemadikan di kampung halaman.

Perkongsian tersebut mendapat reaksi yang pos1tif daripada netizen dengan rata-rata memuji pendekatannya kerana tidak membezakan bangsa atau agama.

Malah tidak kurang juga ada di antara netizen yang mendoakan agar dirinya dikurniakan hidayah suatu hari kelak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:Mstar

Be the first to comment on "Tak kira agama, Uncle Kentang bantu urus kebumi jen4zah menjelang 1 Syawal termasuk bayi 5 bulan dah 14 hari men1nggal dunia! Ramai doakan dapat hidayah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*