Daripada Saiz 38, Man Raja Lawak Dah Muat Seluar Saiz 31

Penampilan terbaru pelawak Man Raja Lawak menjadi perhatian ramai apabila dilihat semakin ‘slim’ dan berat badan semakin susut. Man berkata dia berpuas hati dengan berat badannya dan apabila berjaya turunkan berat dari 98kg kepada 68kg.

Man memberitahu ramai yang menyangkakan dia dan keluarga tidak mempunyai stok makanan mencukupi sehingga dia hilang berat badan sebanyak 30 kilogram ia susulan kawasan perumahannya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Bagaimanapun, Man berkata dia mendapat bekalan makanan mencukupi daripada kerajaan sehinggakan masih banyak lagi bekalan beras di rumahnya.

“Ramai yang ingat saya tak cukup makan ketika PKPD. Tapi hakikatnya rumah saya ada stok makanan yang berlebihan dah macam kedai runcit. Beras ada ada lagi baki tiga empat kampit,” katanya kepada mStar Online.

Berkongsikan perbezaan selepas berat badannya turun mendadak dalam tempoh tiga bulan, Man berkata dia seolah tidak percaya apabila dia muat untuk memakai seluar saiz 31 bebanding sebelum ini saiz 38.

“Saya hilang 30 kilogram daripada berat 98 kilogram sebelum ini. Macam tak percaya apabila baru-baru ini saya terpaksa tukar seluar jeans yang baru dibeli kerana tersalah saiz.

“Daripada saiz pinggang 38 sekarang dah boleh masuk 31. Seluar lama saya semua dah tak boleh pakai. Baru-baru ini saya ada beli seluar saiz 34 tapi sebab PKP tak boleh cuba seluar, pakai-pakai rupanya besar,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:ROTIKAYA

Be the first to comment on "Daripada Saiz 38, Man Raja Lawak Dah Muat Seluar Saiz 31"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*