“Ustaz Juga Pend0sa!” – Ini Antara Pengajaran Dari Filem Ada Apa Dengan D0sa

Bagi yang sudah menonton filem Ada Apa Dengan Dosa pastinya memperoleh pelbagai pengajaran daripada w4tak dan jalan cerita yang ditampilkan.

Genre Islamik yang jarang sekali dipertontonkan kepada khalayak menjadi medium terbaik untuk menyampaikan mesej bermakna.

Berikut 7 pengajaran yang diperoleh menurut pandangan salah seorang penonton Ada Apa Dengan D0sa, @syahhirz.

1. Sahabat yang baik

Pentingnya sahabat yang baik adalah untuk men3gur, menasihati, mengajar dan mengingatkan kita akan ilmu agama.

Sentiasa menyokong kita dan bawa aura posit1f dalam diri.

2. Hadir seseorang bersebab

Seseorang datang dalam hidup kita adalah bersebab dan berhikmah, sama ada untuk membimbing kita, mengubah hidup lebih baik atau kita yang perlu bimbing dia.

3. Ustaz juga pend0sa

Tiada manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad S.A.W, semua orang melakukan d0sa. Yang membezakan darjat kita adalah taubat.

4. Kisah silam dan a1b

Salinglah menjaga a1b kawan kita, orang sekeliling dan jagalah a1b diri kita, jangan sebarkan!

Andai nak bangkitkan, ada caranya yang berhikmah jangan sampai memalukan. Sebaik-baik manusia pasti ada kisah s1lam yang ingin dilupakan.

5. Jangan terus menghvkum

Nampak yang tak bertudung jangan terus benci. Kenal dia dahulu dan berhikmah dalam teguran serta bimbingan.

6. Islam agama sejahtera

Tunjukkan yang Islam ini agama yang sempurna dan membawa kebaikan kepada orang yang belum Islam. Sentiasa berbaik sangka dengan apa yang terjadi.

7. Husnuzon

Berfikiran baik itu membawa ketenangan. Cari jalan penyelesaian yang terbaik pasti ada jalan yang lurus.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Fuh banyaknya mesej salah seorang penonton ni dapat hayati selepas menonton ADA APA DENGAN DOSA. Tak sangka dengan hanya menonton filem ini mampu memberikan kita ilmu dan pengajaran❤️. Siapa yang dah tonton tu korang boleh kongsikan pendapat korang pulak okay! Kredit – Twitter @syahiernordin_ . . ADA APA DENGAN DOSA kini di Astro First, Saluran 480, Di Pawagam Rumah Anda! . Jangan menilai seseorang dari permulaannya, nilailah dari pengakhirannya. . @wannaali_ @hrisbismail @ashrafmuslim @fashasandha @adamcorrielee @rayyandino @fauziahnawi @bobbyrob1974 @Reginavereker @rahilaali9 @ayuputeh @alyah81 . #AdaApaDenganDosa #AADD #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on

Ada Apa Dengan D0sa mengisahkan kehidupan seorang gadis yang dibesarkan dalam keluarga freethinker bernama Aurora (Wanna Ali) yang mendapat tahu identiti sebenarnya dari keluarga beragama Islam.

Lebih mengejutkan apabila Aurora adalah seorang anak luar nikah hasil daripada keterlanjuran perbuatan seorang pendakwah dan ibu kandungnya.

Kesannya, Aurora hampir membunvh diri namun kehidupannya berubah selepas bertemu dengan Khaliq (PU Riz).

Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi. 

Ada Apa Dengan Dosa telah mula ditayangkan di saluran Astro First (480) sejak 4 Jun. 

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Ada Apa Dengan Dosa selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Ada Apa Dengan Dosa, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "“Ustaz Juga Pend0sa!” – Ini Antara Pengajaran Dari Filem Ada Apa Dengan D0sa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*