Tun M perjelas cadangan angkat Mukhriz sebagai TPM bukan daripada dirinya – “Saya berada dalam keadaan serba s4lah…”

TUN Dr Mahathir Mohamad mend3dahkan bahawa cadangan menamakan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai calon bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri (II) adalah bukan daripada dirinya.

Mantan perdana menteri itu berkata, sebaliknya pencalonan anaknya ke jawatan berkenaan sudah terlebih dahulu disebut dalam satu kenyataan bersama dengan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 22 Jun lalu.

Dr Mahathir menambah bahawa dia sedia maklum akan dikritik kerana perkara tersebut.

“Saya berada dalam keadaan serba sal4h. Di waktu saya jadi Perdana Menteri kali pertama saya telah larang anak saya dari bergiat dalam polit1k, khusus sebagai ahli parti Kerajaan.

“Saya tidak hendak ditvduh mengamal nepotisme, memberi keistimewaan kepada keluarga saya,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di blognya pada Isnin (29 Jun).

Dr Mahathir menambah, dia tidak mempunyai hak untuk menentang cadangan yang diberikan kepada Mukhriz baru-baru ini.

“Tetapi apabila saya tidak lagi menjadi Perdana Menteri, tanggungjawab menjaga nama saya, tidak sepatutnya dipikul berterusan oleh anak saya.

“Mereka dib3bas untuk berpolitik. Jaya atau tidaknya pol1tik mereka bergantung kepada diri mereka.

“Apabila nama Mukhriz dicadang untuk jawatan-jawatan tertentu, saya tidak ada hak untuk menentang kerana kepentingan diri saya,” tambah Ahli Parlimen Langkawi itu.

Menyedari cadangan ini dikritik hebat, b3kas Perdana Menteri ketujuh itu berkata terpulanglah sama ada penjelasannya ini dipercayai atau tidak.

“Sudah tentu orang yang bermusuh dengan saya, akan bercakap sinis. Ini saya terima kerana memang pun ia adalah naluri manusia,” katanya lagi.

Pada Sabtu (27 Jun), Dr Mahathir telah mengusulkan agar Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri bersama Mukhriz sekiranya Pakatan Plus memenangi pilihan raya umum berikutnya.

Dia juga mencadangkan agar Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal iaitu Ketua Menteri Sabah, dijadikan calon Perdana Menteri pembangkang. – THE STAR

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:Mstar

Be the first to comment on "Tun M perjelas cadangan angkat Mukhriz sebagai TPM bukan daripada dirinya – “Saya berada dalam keadaan serba s4lah…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*