Pernah Menjadi Artis Terkaya, Ini Pekerjaan Terkini Amelina Bila Putus Sumber Pendapatan Sejak PKP

TIADA pekerjaan, tiadalah pendapatan.

Itu yang berlaku kepada penyanyi dangdut terkenal, Amelina apabila putus sumber pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu.

Namun, memikirkan dirinya adalah ketua keluarga yang perlu menampung enam cahaya mata, penyanyi lagu Janda Anak Enam ini perlu berusaha mencari jalan demi kelangsungan hidup.

Percubaannya dalam bidang perniagaan makanan dengan menjual kek Banji Mat Roll sepanjang Ramadan lalu memberikan semangat baharu untuknya untuk melangkah jauh dalam cabang baharu itu.

“Saya fikir anak-anak semakin membesar. Saya kena ada ‘back-up’ ini semua. Apa yang berlaku saya anggap ujian dan terpaksa berusaha sendiri. Alhamdulillah, dapat naik satu fasa apabila berniaga.

“Apabila berniaga, dapat juga duit sepanjang bulan puasa lalu sebab kerja memang tak ada langsung. Alhamdulillah, perniagaan ini sudah masuk peringkat ketiga. Permintaan nak menjadi ejen di seluruh negara pun banyak.

“Walaupun bekerja keras, tapi bagi saya berbaloi. Diakui saya berhabis untuk perniagaan ini,” katanya.

Namun, Amelina yang juga ibu tunggal berkata, segala susah payah dilalui itu berbayar apabila mendapat maklum balas positif daripada pelanggan.

“Awalnya nak buat untuk raya saja, tapi apabila buat premium dengan bungkusan yang cantik, kek pun nampak sangat ‘high class’, jadi mereka yang membeli rasa berbaloi.

“Apabila saya dapat banyak maklum balas positif, jadi saya putuskan untuk teruskan perniagaan ini. Ia menjadi perniagaan serius saya sekarang. Insya-Allah selepas ini ada dua ke tiga lagi produk nak masuk. Selagi boleh buat duit dan menghasilkan pendapatan saya akan buat saja,” katanya.

Berkongsi mengenai kerjaya seni, Amelina berkata, dia bakal muncul dengan single terbaharu tidak lama lagi.

Lebih menarik, single itu dianggap kejutan selain buah tangan buat peminat yang sentiasa memberi sokongan buat dirinya dari dulu sampai sekarang.

“Pihak pengurusan saya dalam proses menghasilkan single baharu. Sepatutnya beberapa bulan lalu, tapi disebabkan PKP semuanya tergendala.

“Sejujurnya, saya tak sabar nak hasilkan single terbaharu ini. Bagi saya, ini adalah hadiah untuk peminat. Saya anggap ia satu kejutan sepanjang lebih 20 tahun dalam bidang ini,” katanya.

Pernah Digelar Artis Terkaya! Ini 7 Kisah Peribadi Amelina Yang Ramai Tak Tahu

Namun masih ramai yang sudah melupakan kisah kehidupan dan kejayaan Amelina sebelum menghilangkan diri. Ketika dia meniti zaman popularit, kisah peribadi beliau sering menjadi perhatian. Berikut 7 Kisah Peribadi Amelina Yang tak pernah luput di ingatan kami.

1 Gadis Kilang

Pernah bekerja di sebuah kilang elektronik. Beliau membesar dan bersekolah di Nilai, Negeri Sembilan. Amelina berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bergelar penyanyi pada tahun 1994 ketika berusia 20 tahun.

2 Hadiahkan Sebuah Hartanah Kepada Bapanya

Amelina juga cukup akrab dengan arw4h bapanya malah pernah menghadiahkan sebuah hartanah kepada bapanya, Amir Sharifuddin Abdul Raof ketika meniti zaman populariti.

3 Hubungan Cinta Bersama Penyanyi Iwan

Amelina dikenali sebagai pasangan duet yang cukup serasi dengan Iwan. Antara lagu yang cukup popular gandingan mereka adalah “Yang Tersayang”, “Memori Daun Pisang” dan “Sepayung Berdua”. Ketika ini jugalah Iwan dan Amelina menjalinkan hubungan cinta.

4 Artis Dengan Pendapatan Paling Tinggi

Album Dang Dang Dut yang meyaksikan kolaborasi Iwan, Amelina dan Sheeda berjaya terjual hingga 350,000 unit pada tahun 1996 menjadikan ia sebagai album paling laris pada tahun tersebut, sekaligus album dangdut paling laris sepanjang zaman.

Pada tahun 1996 sahaja, keseluruhan album Amelina termasuk Asyik telah terjual lebih dari 500,000 unit menjadikan beliau sebagai artis berpendapatan tinggi pada pertengahan 1990an bahkan berjaya memasuki pasaran Jepun.

5 Diberi Penghormatan Semasa Sukan Komanwel 1998

Ketika berlangsungnya Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, Amelina diberi penghormatan untuk membuat persembahan di hadapan 100 ribu penonton di Stadiu termasuk Queen Elizabeth II, Yang diPertuan Agong Tuanku Ja’afar, Raja Permaisuri Agong Tuanku Najihah, Perdana Menteri & ramai lagi. Sepanjang meniti kemuncak populariti beliau pernah membuat persembahan luar negara seperti di Indonesia dan Jepun.

6 Tak Sempat Lahirkan Album Ke-4

Kehilangan Amelina menjadi tanda tanya kepada semua peminat dan media, malahan syarikat rakaman sudah sedia dengan material bagi album keempatnya yang dijangka keluar pada tahun 2000.

Amelina did4kwa sempat mengambil salinan demo lagu-lagu barunya tetapi tidak sempat merakam sebarang lagu. pasaran muzik dangdut jatuh pada tahun 2000 menyebabkan ramai penyanyi dangdut mula beralih arah. Ramai yang beranggapan muzik dangdut tidak akan sama seperti kemunculan Amelina sehinggakan permintaan peminat agar beliau kembali tidak pernah putus.

7 Bernikah dengan Usahawan dan Dikurniakan 6 Orang Anak

Amelina menikahi suaminya, seorang usahawan bernama Reduan Mahamood pada 20 Mei 1999 . Menerusi perkahwinan itu, Amelina dikurniakan enam orang cahaya mata, Puteri Nur’ Athirah (2001), Putera Al’ Affiq (2002), Putera Al’ Asyraff (2003), Puteri Nur’ Asyurah (2005), Putera Al’ Arffa (2007), dan Putera Al’ Amzar (2009). Pada 2014, Amelina mengumumkan beliau telah bercer4i dan bergelar ibu tunggal serta mahu kembali aktif dalam dunia seni suara.

Sumber : Trendingsangat

Be the first to comment on "Pernah Menjadi Artis Terkaya, Ini Pekerjaan Terkini Amelina Bila Putus Sumber Pendapatan Sejak PKP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*