“13 tahun lalu bertemu Ashraf Sinclair…” – BCL

SETELAH empat bulan pemergian pelakon Ashraf Sinclair, isterinya penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) berkongsi kenangan pertemuan pertama mereka di sebuah program televisyen terbitan Astro pada tahun 2007.

Menerusi video tersebut, arw4h Ashraf yang juga merupakan pelakon baharu pada waktu itu beberapa kali tersasul memanggil nama BCL sebagai Bunga Cinta Lestari.

Berikutan ins1iden tersebut, hubungan mereka semakin rapat dan dalam diam menjalinkan hubungan jarak jauh antara Kuala Lumpur dan Jakarta.

Menerusi perkongsian tersebut, BCL turut menulis kapsyen berbunyi ‘pertama kali ketemu kamu’ di Instagram Storynya.

Bunga bersama suaminya, Allahy4rham Ashraf Sinclair dan anak mereka, Noah Aidan Sinclair.

Sementara itu, posting tersebut turut menarik perhatian ramai kenalan artis serta peminat yang rata-ratanya memberi semangat kepada penyanyi itu di ruangan komen.

“Saya selalu dengar kisah ini, sekarang saya dapat lihat videonya. Al-Fatihah,” komen pengacara Yasmin Hani.

“Kak Bunga, Al-Fatihah,” tulis penyanyi Indonesia Lala Marion.

“Peluk Bunga,” ujar pereka fesyen terkenal Indonesia Didiet Maulana.

Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008.

Allahyarham Ashraf Sinclair meningg4l dunia akibat ser4ngan jantung pada 18 Februari lalu di Jakarta, Indonesia.

Pemergian arwah Ashraf bukan sahaja memberi tamp4ran kepada keluarga malah semua orang yang mengenalinya terutama rakan selebriti serta peminat dari Indonesia dan Malaysia.

Bunga, 37, dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Source : BEAT TV Astro Ria – 2007

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "“13 tahun lalu bertemu Ashraf Sinclair…” – BCL"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*